Mak siti: Irsyad dah nak balik KL ke?
Irsyad: Ye lah nek.Irsyad nak ikut ibu.....
Mak Siti: Kesian nenek tinggal sorang-sorang.Nenek takutlah..........Irsyad temanlah nenek.Nanti nenek hilang macamane?Irsyad tak sedih.
Irsyad: Nenek janganlah takut.Allah kan ada.......Dia mesti jaga nenek.
Perbualan tadi mungkin nampak ringkas.Tapi on my personal view,I think Irsyad telah di bagi pendidikan yg sangat baik.Dia tahu bahawa Allah itu wujud dan tempat manusia berserah serta memohon segala pertolongan.Kan bagus sekiranya anak-anak sedari kecil telah ditanamkan sifat tawhid kepada Allah.
Contoh lain ialah kisah Iman Hanbali.Ketika beliau sedang bermain-main bersama rakan-rakannya,datang seorang pemuda(tak ingat nama siapa).Pemuda itu memang selalu di geruni oleh kanak-kanak.Kanak-kanak yg sedang bermain akan lari bertempiran umpama tikus melarikan diri dari di makan kucing apabila nampak kelibat pemuda itu.Tapi tidak bagi Imam Hanbali.Beliau seorang sahaja yg meneruskan permainan seperti tiada apa berlaku.Maka,pemuda itu mendekati Imam Hanbali lalu bertanya,
"mengapa engkau tidak lari seperti rakan-rakanmu wahai anak kecil?"
Imam Hanbali dengan beraninya menjawab pertanyaan pemuda tadi,
"Ibu ku telah mengajar aku bahawa hanya Allah sahaja yg perlu ditakuti"
Imam Hanbali sejak kecil lagi telah banyak menimba ilmu dari ibunya sendiri.Ibunya telah berjaya menanamkan benih-benih tawhid dalam diri beliau.Namun,mengapa ibu bapa zaman kini mengambil ringan perkara-perkara sebegini.Contohnya,jika ingin menghalang anak-anak bermain jauh pasti ibu bapa akan menakut-nakutkan.
"Hei...jangan main kat situ nanti ada hantu keluar gigit,baru tau!!!!!!!!!!"
Akhirnya.mind set anak-anak ialah hantu untuk di takuti kerana rupanya yg buruk.Kemudian ada kuasa mistik yg boleh menghisap darah dan menyorokkan kanak-kanak.Patutkah?
Marilah kita melentur buluh biarlah dari rebungnya agar dapat mencontohi Iman Hanbali.

1 comments:
yep. agreed.
so, we need change.
let's start it! :)