Author: =)
•8:35 PM

5.30 pagi.

   Seusai bertahajud dia mengambil sedikit masa untuk mentadabur alam.Tangannya segera mencapai tikar mengkuang yg kecil terus menuruni anak tangga menuju ke satu kawasan lapang.Satu kawasan rahsia untuk dia menikmati pemandanganyang sangat istimewa.

    Dia berdiri betul-betul di satu kawasan lapang yg hanya di kelilingi pokok-pokok renek.Sunyi tapi mendamaikan.Tikar mengkuang segera di bentang.Pandangannya dilemparkan ke kawasan sekeliling.Terdapat cahaya yang samar-samar daripada blok berhampiran.Kebanyakkan penghuninya masih leka di buai mimpi indah.

   Dia baring di atas tikar itu sambil memandang langit yg gelap namun seolah-olah bercahaya di simbah kerdipan bintang-bintang yg bertaburan.Ada yg terang-menderang dan ada juga yg agak malap.Sesekali kelihatan beberapa buah kapal terbang membelah awan.Leka dan mengasikkan.

   Kadangkala dia merasakan bintang-bintang itu sedang mengenyitkan mata padanya.Berkelip-kelip seperti mengikut alunan muzik.Dia tersenyum melihatnya.Jiwa terasa damai.Udara sejuk juga sangat menyegarkan ditambah dengan bau rumput yg masih basah dengan titisan embun.Paru-paru terasa bersih.Setiap hela nafas dinikmati sepuasnya.Indahnya saat itu.Pandangannya masih leka menikmati keindahan ciptaan Allah.

   Seperti dialam mimpi.Dia di atas singahsana indah.Setiap sudut pandangannya adalah kecantikkan langit dikelilingi bintang-bintang.Tangannya mahu sahaja mengutip setiap butiran bintang itu.Namun  itu hanyalah ilusi.Ya Allah indahnya syurgaMu.Jika ini akupun sudah merasa indah apatah lagi syurga yg berkali-kali ganda lagi indah ditambah dengan segala ni'mat yg melimpah ruah.Tapi layakkah aku untuk syurgaMu?
Allahuakbar!Allahuakbar!!!!!!!!!
Azan subuh memecahkan kesunyian pagi Subuh.Rupanya sebentar lagi fajar akan menyinsing.Matahari pula akan menjelma,Malam akan berarak pergi menggantikan siang.Ayam jantan mula berkokok.Rutin harian juga bakal bermula.Kelihatan beberapa penghuni blok membuka lampu bilik masing-masing.Segera menunaikan amanah Allah.

Tikar mengkuang juga digulung kemas.Sebelum mengatur langkah pulang kebilik dia memerhatikan bintang buat kali terakhir sambil tersenyum puas.Terima kasih Ya Allah kerna memberikan  ni'mat mata untuk memerhatikan ciptaan Mu yg sangat hebat,Terima Kasih ya Allah kerana masih memberikan  nyawa untuk menghirup udara segarMu. Langkah di atur kemas untuk berjalan pulang.Semoga aktiviti dia ini memberi manfaat untuk jiwanya.
This entry was posted on 8:35 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Indahnya kerdipan itu

8:35 PM / /

Labels:

0 comments:

Post a Comment