Author: =)
•8:35 PM

5.30 pagi.

   Seusai bertahajud dia mengambil sedikit masa untuk mentadabur alam.Tangannya segera mencapai tikar mengkuang yg kecil terus menuruni anak tangga menuju ke satu kawasan lapang.Satu kawasan rahsia untuk dia menikmati pemandanganyang sangat istimewa.

    Dia berdiri betul-betul di satu kawasan lapang yg hanya di kelilingi pokok-pokok renek.Sunyi tapi mendamaikan.Tikar mengkuang segera di bentang.Pandangannya dilemparkan ke kawasan sekeliling.Terdapat cahaya yang samar-samar daripada blok berhampiran.Kebanyakkan penghuninya masih leka di buai mimpi indah.

   Dia baring di atas tikar itu sambil memandang langit yg gelap namun seolah-olah bercahaya di simbah kerdipan bintang-bintang yg bertaburan.Ada yg terang-menderang dan ada juga yg agak malap.Sesekali kelihatan beberapa buah kapal terbang membelah awan.Leka dan mengasikkan.

   Kadangkala dia merasakan bintang-bintang itu sedang mengenyitkan mata padanya.Berkelip-kelip seperti mengikut alunan muzik.Dia tersenyum melihatnya.Jiwa terasa damai.Udara sejuk juga sangat menyegarkan ditambah dengan bau rumput yg masih basah dengan titisan embun.Paru-paru terasa bersih.Setiap hela nafas dinikmati sepuasnya.Indahnya saat itu.Pandangannya masih leka menikmati keindahan ciptaan Allah.

   Seperti dialam mimpi.Dia di atas singahsana indah.Setiap sudut pandangannya adalah kecantikkan langit dikelilingi bintang-bintang.Tangannya mahu sahaja mengutip setiap butiran bintang itu.Namun  itu hanyalah ilusi.Ya Allah indahnya syurgaMu.Jika ini akupun sudah merasa indah apatah lagi syurga yg berkali-kali ganda lagi indah ditambah dengan segala ni'mat yg melimpah ruah.Tapi layakkah aku untuk syurgaMu?
Allahuakbar!Allahuakbar!!!!!!!!!
Azan subuh memecahkan kesunyian pagi Subuh.Rupanya sebentar lagi fajar akan menyinsing.Matahari pula akan menjelma,Malam akan berarak pergi menggantikan siang.Ayam jantan mula berkokok.Rutin harian juga bakal bermula.Kelihatan beberapa penghuni blok membuka lampu bilik masing-masing.Segera menunaikan amanah Allah.

Tikar mengkuang juga digulung kemas.Sebelum mengatur langkah pulang kebilik dia memerhatikan bintang buat kali terakhir sambil tersenyum puas.Terima kasih Ya Allah kerna memberikan  ni'mat mata untuk memerhatikan ciptaan Mu yg sangat hebat,Terima Kasih ya Allah kerana masih memberikan  nyawa untuk menghirup udara segarMu. Langkah di atur kemas untuk berjalan pulang.Semoga aktiviti dia ini memberi manfaat untuk jiwanya.
Author: =)
•12:52 AM
   
    Badan di hempas ke atas katil yg empuk sambil tangan membelek-belek buku.Exam semakin hampir tapi masih tak sedar-sedar lagi.Helaian demi helaian di selak.Tetapi ia bagaikan angin lalu.Otaknya entah menerawang ke mana-mana.Dia cuba meneliti rutin hariannya pada hari ini.Sibuk.Pagi-pagi lagi sudah ke kelas kemudian menyelesaikan assignment hingga ke malam,petang pula melaksanakan tugasan membeli hadiah untuk program esok.Itulah seorang mahasiswa.Tidak pernah terlepas dari kesibukkan.

    Buku di tutup dan letakan bersebelahan bantal.Matanya merenung jauh dalam kegelapan malam di sebalik tingkap yg ternganga luas.Angin malam beserta kedinginan hujan menerpa masuk.Tiba-tiba hatinya di pukul kesedihan.Dia meneliti usianya yg semakin menginjak dewasa.Teringat zaman kenakalan di alam kanak-kanak.Teringat juga zaman yg penuh cabaran dan dugaan di alam remaja.Semuanya kini telah berlalu tanpa disedari.Dan masa tidak akan pernah berpatah balik.Suka atau tidak,mahu atau tak waktu itu pasti akan berlalu dan tiada alasan untuk kita mengelak darinya.Setiap manusia mesti melaluinya.

    Usia kedewasaan.Dewasakah dia.Matangkah pemikirannya.Entahlah.Jika dulu umur sebegitu sudah mampu menakluk dunia,menjadi khalifah,mampu berkarya hebat,petah berdebat,pintar membina strategi,gigih berjuang,dan lain-lain kehebatan yg tiada tandingan,bagaimana pula dengan dia?.

   Masih bertatih.Banyak yg perlu diperbaiki.Azam dan impian itu ada.Namun kadangkala tenggelam timbul.Waktu pagi ia bersinar indah,berkobar-kobar.Matahari tegak di atas kepala tidak diendahkan.Namun,apabila mendung hitam berarak datang diiringi hujan lebat dan kilat yang sambung menyambung,terus menenggelamkan azam itu.Dan kadangkala terus mengalir bersama air lumpur yg kotor.

   Hujan itu sepatutnya menjadi penyubur azam tapi sebaliknya terjadi.Keteguhan hatinya seringkali teruji.Hampir sahaja dia jatuh menyembah bumi namun kerana keimannya yg satu dia gagahkan diri untuk bangkit semula.Tetapi dia tetap manusia..Manusia biasa yg masih memerlukan pertolongan.manusia biasa yg imannya turun dan naik dan kadangkala yg turun itu lagi selalu dari menaik.Dia menghelakan nafasnya.Cuba mencari kekuatan untuk muhasabah diri.

    Akhir-akhir ini terlalu banyak berita kematian yg menjengah cuping telinganya.Tidak kira yg tua mahupun muda.Semuanya orang yg hampir dengannya.Kematian itu pasti kan tiba,Tidak akan cepat mahupun lambat walaupun sesaat.Jantungnya berdegup kencang.Seolah-olah angin puting beliung datang menerpa.Bagaimanakah nasibnya?bersediakah dia untuk menghadapinya bila saatnya pasti tiba.

    Jarinya menggosok-gosok pangkal hidung sambil matanya tertutup rapat.Hanya bunyi bilah kipas mengisi ruang kesunyian.Hatinya menjadi sayu.Dia harus berubah.Semangatnya perlu membara agar setiap urat nadinya bergerak aktif.Segala keperitan,kepayahan dan kesengsaraan perlu di harungi.Semestinya dengan jiwa yang kental.Kentalkah dia?Tepuk dada tanyalah iman.

Malam semakin larut.Tenaganya perlu disimpan.Dia segera berdiri menutup tingkap dan lampu.Mata cuba di lelapkan.Tanpa sedar air matanya mengalir di celah kelopak mata yg tertutup.Dia inginkan secebis kekuatan untu mengharungi segala ketakutan ini.Ya! dia tersangat memerlukan kekuatan.Dia harus berusaha berdiri walaupun dalam kepayahan.Ya Allah!kuatkanlah dia.

Author: =)
•10:25 AM
    Negara kini sedang hangat dengan isu-isu panas.Terutamanya tentang krisis di Mesir.Pelbagai usaha membawa pelajar-pelajar Mesir ke tanah air giat di jalankan.Tidak kira melalui jalan air mahupun darat.Semua pihak sedang bekerja keras magi memastikan misi ini berjaya.Apa yg penting mereka semua berjaya di keluarkan dari Mesir.
   
    Ibu bapa,saudara mara,sahabat andai turut terkena tempiasnya.Kerisauan itu jelas terpancar, di tambah dengan spekulasi-spekulasi yg hiperbola.Padahal setelah saya mengetahui sendiri keadaan sahabat-sahabat di Mesir,mereka masih dalam ketenangan.Sungguh,hati mereka masih teguh kesan tarbiyah yg mantap.Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah.

    Pihak media juga harapnya jangan begitu teruja memaparkan isu-isu hangat hingga merisaukan waris mereka di Malaysia.

Itu isu global.

    Namun, saya di sini sedang berperang dengan air banjir.Bukan saya keseorangan, tapi seluruh penduduk selatan tanah air.Setiap hari mengira ketinggian air.Sudah ramai penduduk di arahkan berpindah.Barang-barang semua telah diletakkan di tempat tinggi.Begitu juga kenderaan-kenderaan peribadi.

    Pusat-pusat bencana tidak pernah berhenti menerima mangsa-mangsa banjir yg meningkat setiap masa.Pihak bomba dan penyelamat bertungkus lumus membantu memindahkan mangsa.Helikopter sentiasa berlegar di udara bagi menghantar bekalan makanan di kawasan yg terjejas teruk.Pihak kementerian Kesihatan juga tidak tertinggal dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada mangsa-mangsa terutamanya warga emas dan kanak-kanak.Bantuan-bantuan keperluan asas seperti selimut,makanan dan bekalan air bersih juga sentiasa di hulurkan oleh mereka yg prihatin.

    Jika semua agensi-agensi kerajaan sedang bertungkus lumus berlainan pula bagi kanak-kanak.Bagaikan pesta air.Buktinya lihat sahaja kanak-kanak di sekitar rumah saya.Riuh rendah mereka berakit.Mereka juga sengaja mengayuh basikal dengan kelajuan yg tinggi bagi menghasilkan impak air bagaikan motor boat.

    Ayah saya juga tidak terlepas memasang jala di celah celah pokok.Semalam pak cik depan rumah saya berjaya menjala ikan sembilang.Bolehlah di buat lauk untuk mengisi perut.Walaupun paras air hampir ke lutut mereka tetap berani meredah banjir.Saya juga sama gembira bermain air banjir bersama anak-anak jiran.Mengeratkan ukhwah.Walaupun di timpa bencana kita tidak boleh sedih.Yg penting keselamatan perlu di utamakan.

Mungkin pembaca tertanya-tanya bagaimana saya boleh di rumah sedangkan banjir?

Sebenarnya rumah saya sengaja di bina di atas tapak rumah yg tinggi.Namun sekeliling kawasan rumah telah di tenggelami air.Bagaikan pulau.Risau juga hati ini.Jika air naik lagi sikit,alamatnya malam ini bermalam di pusat bencana la.Cuaca yg tidak menentu lagi memburukkan keadaan.Setiap detik mengira kenaikkan air.

    Jiran di belakang dan sebelah rumah sejak semalam sudah menginap di pusat bencana kerana tapak rumah mereka agak rendah berbanding rumah saya.Hendak keluar ke mana-mana pun tidak boleh.Laluan perhubungan juga telah ditenggelami air.

Tidak lama lagi bekalan elektrik juga akan di putuskan untuk mengelakkan arus mengalir melalui air banjir.Waaaaaaa bergelap la saya nanti.No internet,no TV and no entertainment.

Apa hikmahnya?

Pasti Allah mahu mengingatkan kita bahawa iklim dunia sudah tidak menentu.Jika Johor dulu tidak terkenal sebagai negeri banjir seperti di pantai timur,namun sejak Dec2006 segalanya berubah.Banjir besar melanda.Dan kini selepas 4tahun bajir kedua berlaku,Jan2011.Malah kenaikan paras air lagi tinggi dari sebelumnya.Ini membuktikan pencairan air di kutub utara telah meningkatkan paras air laut.Taburan hujan lebat setiap masa turut menjadi penyumbang utama.

Mengapa ais di kutub utara cair?

Ini tidak lain adalah tangan manusia yg rakus membuat kerosakan seperti pencemaran udara dan penembangan hutan yg telah meningkatan suhu dunia sekaligus menjadi faktor pencairan air.

Benarlah bahawa manusia sendiri yg akan membuat kerosakkan di atas muka bumi ini.

Tidak sedar lagikah?!!!mungkin mereka tidak merasainya.

Saya sudah merasai betapa peritnya melihat mangsa-mangsa banjir dalam kepayahan mereka mengangkat barang.Walaupun ada kegembiraan dalam bermain air banjir,Tapi itu hanya sebentar.

Bagaimana selepasnya?

Banyak harta benda rosak terutamanya perkakassn elektrik.Peti sejuk,sofa,tilam,pakaian-pakaian,buku sekolah semuanya terkena air banjir.Persekitaran yg busuk akibat banyak sampah sarap yg di bawa air banjir berteraburan.Penyakit berjangkit menular akibat kekurangan bekalan air bersih.Rumah yg di penuhi lumpur perlu di bersihkan.Penatnya tidak terkata.

Marilah Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sama-sama kita muhasabah.Telah banyak peringatan yg Allah beri.Bumi semakin tua.

Tapi amalan kita?

Tepuk dada tanya iman.Sebelum berakhir saya harap semoga kita bersama-sama menjaga bumi kita untuk kesejahteraan bersama.
Author: =)
•5:11 PM
11.30mlm,McD Ampang Park
    
    Suasana yg tenang.Terdapat sebuah keluarga berbangsa Iran sedang menikmati hidangan mereka di sudut paling hujung.Si bapa berselera mengunyah burger.Si ibu leka melayan anak-anak sambil sesekali fun fries di masukkan ke mulut.Mereka berbicara riang sambil tergelak.Entah apa perkara yg di lucukan pun tidak tahu.

    Kemudian datang lagi sebuah keluarga berbangsa Cina sambil membawa dulang yg dipenuhi hidangan McD.Mereka sedang memilih tempat duduk.Di penjuru lagi satu pula terdapat pasangan yg sedang enak menikmati burger sambil sesekali menjilat jari dan berbicara.

    Di tempat duduk luar McD pula terdapat beberapa pemuda sedang berbual sambil menghirup kopi Arabica.Di tangannya juga terdapat seputung rokok.Kelihatan semuanya sedang sibuk dengan hal masing-masing.

    Namun tidak bagi dia.1jam duduk di McD hanya menikmati ais krim dan fun fries bagi mengisi perut yg tak henti berkeroncong.Rancangan asalnya mahu dinner di tempat lain bersama kakaknya yg pulang lewat malam dari bekerja.Tapi dek kerana meeting yg tidak bernoktah terpaksalah dia dinner bersendirian.

    Walaupun McD bukanlah pilihannya,tapi dia terpaksa akur.Tiada tempat lain lagi yg selamat untuk dia menanti kepulangan kakaknya yg bekerja di KLCC setelah jam menginjak 12.00 mlm.Di restoran 24 jam sahajalah yg dirasakan selamat.Mahu tunggu di luar kawasan Ampang Park mahu sahaja dia membuka peluang bagi kutu-kutu jalanan.Lagi-lagi dengan berbaju kurung ayu,pakaian pulang dari class.

    Sewaktu menaiki LRT dari Gombak tadi pun sudah banyak mata yg kurang senang memerhatikannya.Dia hanya mampu memohon perlindungan Allah.Apa yg penting dia ingin segera menemani kakaknya yg pulang lewat bekerja menuju ke Bukit Jalil.Selain itu,dia ada juga tujuan lain untuk pulang ke rumah.Beberapa buku dan dokument penting perlu di ambil untuk pelbagai urusan.
***********************************************************************************
"bip",terdapat satu message masuk

"kakak baru keluar dari KLCC.20 minit sampai",lega hatinya membaca message yg ringkas itu.

   Maknanya sebentar lagi dia akan pulang ke rumah.Letih rasanya duduk di McD sambil di hidangkan dengan pelbagai ragam manusia.Malam yg semakin larut seolah olah waktu untuk mereka berpesta.

"bip",tak sampai beberapa saat message kedua masuk

"belika set Mc Chicken dengan air MILO.Nanti kakak ganti balik duit.",dia memahami message tersebut.

   Tiba-tiba perasaan kasihan menerpa sanubarinya.Seharian kakaknya bekerja hingga sesuap nasi pun sukar untuk di jamah.Walaupun di KLCC itu berterabur kedai makan,namun kesibukan kerja menjadi penghalang.Tidak hairanlah dia bila mengetahui kakaknya sering menjamah roti untuk lunch.Lama-kelamaan badan pun semakin susut.Itulah lumrah, semakin tinggi jawatan yg di pegang,semakin besar tanggungjawabnya.

   Dia segera memesan set Mc Chicken untuk take a way.Selepas itu dia terus menunggu di luar McD.Beberapa minit kemudian sebuah kereta Wira Special Edition datang ke arahnya.Si kakak datang menjemput.

    Dia masuk ke dalam kereta sambil di sambut senyuman oleh si kakak.Segala pesanannya di hulurkan.Belum sempat berkata apa-apa,air MILO telah di hirup.Kemudian fun fries pula di kunyah.Masih lagi dengan kesopanan.Dia memerhatikan sahaja.

"lapar ni......dah tak tahan.Meeting banyak sangat",si kakak berkata sambil berbaur keletihan.

   Dia memahami.Alhamdulillah penyakit gastrik kakaknya tidak menyerang.Kalau tak pasti perjalanan pulang ke rumah bertukar arah ke hospital.

Setelah perut di isi sedikit, perjalanaan pulang ke Bukit Jalil di teruskan.Mulut di isi makanan sambil tangan memandu.

"Semalam pun macam ni,Tiap-tiap hari balik lewat",si kakak mengadu kepada dia.

   Terbayang keletihan bekerja.Jika dia fikir zaman belajar letih dengan assignment bertimbun dan class,at least malam ada juga masa untuk diri.Alam pekerjaan lagi mencabar.

DJ Ikim menceriakan perjalanan mereka.Sesekali di selangi nasyid yg mententeramkan jiwa.

"Dah start cuti mid break ke?",si kakak bertanya

"Belum la.Esok ada lagi class.Ni nak amik buku",dia berkata dengan tenang

"kakak balik kampung kan cuti Raya Cina ni?balik la...nanti mak tunggu"

"balik lambat sikit kot.Ada kuliyyah tafsir"

"Ok.kakak,kita pun pergi kuliyyah hadith......kuliyyah sirah"

"Iye..belajar apa?"

"banyak",dia menjawab setiap pertanyaan kakaknya dengan gembira.Apa yg diperolehi dari kuliyyah hadith dan tafsir di kongsikan bersama.Seolah-olah perjalanan pulang ke rumah di sulami majlis ilmu.

"nanti kakak pun nak bacalah",si kakak juga mahukan perkongsian bersama

"boleh je......Kakak!,hari tu lecturer kasi quiz"

"dapat berapa markah?"

Pertanyaan kakaknya di jawab riang.Dia bercerita segalanya tentang class,lecturer dan impiannya untuk masa depan.Kakaknya sentiasa memberikan respon positif.Kadang-kadang di selitkan dengan gurau senda yg mengharmonikan lagi hubungan adik beradik.Tidak lupa juga kata-kata semangat untuk terus berusaha agar menjadi yg terbaik.Kereta terus membelah kepekatan malam.

Kereta di belokkan ke satu kawasan perumahan dan terus menuju ke sebuah lorong.Rupa-rupanya mereka hampir sampai ke rumah.Pintu pagar automatik terbuka bagi memberi laluan kereta masuk.Akhirnya destinasi yg ingin di tuju pun sudah tiba.

Malam yg bermakna.Walaupun perjalanan yg meletihkan tapi bermanfaat.Dia berazam untuk memanfaatkan seluruh kehidupannya.Bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan cuba untuk mengikhlaskan diri.Semoga malam itu adalah sebuah permulaan untuk kehidupan yg lebih baik dan semoga si kakak akan sentiasa di bawah rahmat Allah.Setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
Author: =)
•9:16 PM
Setiap orang pasti mempunyai hati.Dan dari hati itulah larirnya pelbagai perasaan yg unik.

Sedih.
Gembira.
Risau.Gelisah.Macam-macam lagilah....Perasaan itu adakalanya menyenangkan dan adakalanya juga meresahkan.Terutamanya ketika ia berdebar tanpa sebab.Dup! dap! dup! dap!

"Tu cuma perasaan kau je.Tak yah la fikirkan sangat"
"Mainan syaitan tu"
"Tu mind set je.Sebab tu lah berdebar-debar"
"Naluri je.Biasalah manusia"

Ini antara andaian yg sahabat saya beri tatkala saya merasainya.Mungkin betul juga.Sejak itu saya sering mengabaikan perasaan itu.Saya tak percaya perkara yg karut-karut.Kononnya,mesti ada sesuatu yg tak di duga berlaku.

As a result,once perasaan itu datang saya tak kisah pun walhal hati ini tak tahu nak describe macamana.Apa yg penting,always ingat Allah dan pohon ketenangan daripada Nya.Mungkin Allah mahu beri peringatan bahawa diri ini tak terlepas dari dosa.

Namun,seringkali kehairanan menjengah ke dalam hati ini.Naluri saya mudah mentafsir.Kadang-kadang apa yg saya jangkakan perkara itu terlebih dahulu terlintas di hati dan fikiran.Mungkin kebetulan.Tapi bukan sekali dua malah hampir selalu.Naluri sentiasa berkata benar.

Bersangka baiklah,mungkin Allah mahu diri saya lebih bersedia untuk segala kemungkinan.Andainya ia berita gembira bersyukurlah itu semuanyakan anugerah Allah.Andainya berita sedih biarlah hati ini bersedia dalam ketenangan dan bersabarlah.Yakin hikmah di sebaliknya.Allag Maha Mengetahui.

Ketika ada kelapangan masa tadi saya ada google sedikit maklumat naluri dan firasat.

Antara naluri dan firasat…

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.
Ini baru sikit.Banyak lagi maklumat mengenainya.Cubalah baca di sini

http://kaunseling.multiply.com/journal/item/13

Semoga bermanfaat dan lebih memahami perbezaannya.
Author: =)
•9:21 PM
Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.Tup!tup! dah nak mid break pun.Its means dah hampir pertengahan sem.Mid term dah berderet macam kereta api.Assignment pula menjeling-jeling manja bila nak siap.

Apakah tandanya itu???
Hah!!!!!!!!mestilah kena belajar bersungguh-sungguh.Don't play play
Tapi kenapa kena belajar?sebab nak exam ke????
Bukan!!!!!!!!Belajar kerana Allah.Belajar pun jihad.Ilmu itu penting untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Betul tu!!!!!

Namun,dalam kesibukan balajar kita tidak boleh menjadikannya alasan untuk  duduk bersendiri menghadap buku 24 jam.Tubuh pun mahu berehat.Itulah hikmahnya beriadah.Seronoknya.....Sesungguhnya riadahkan baik untuk tubuh dan minda.

Teringat kegembiraan saya dah sahabat-sahabat beriadah semalam.Dan tentunya saya lagi gembira sahabat saya dari mahallah Nusaibah sanggup turun meniti laluan tangga yg berliku demi riadah bersama.Next time turun lagi ye.....nanti kita main netball.

Merehatkan minda itu hanya dengan beriadah ke?main-main?melayari internet(senaman mata,agaknyalah)?
Tak........banyak lagi aktiviti.

Pandangan saya jatuh pada tulisan UKHWAH pada salah satu bookmark di hadapan saya.Kadang-kadang kita sudah membina perancangan rapi,namun lain pula jadinya.Dan kadang-kadang kita tak pernah terfikir pun,namun itulah yg terjadi dengan jayanya.Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yg terbaik.

Buat sahabat-sahabat saya,terima kasih kerana memberikan respon yg positif ketika berqiyam di masjid kelmarin.Ukhwah itu amat dirasai.

Kita bebas berbicara ketika dalam usrah.
Kita bebas berkongsi masalah.
Kita bebas melontarkan pendapat.
Kita merasai perkara yg sama.
Kita juga merisaukan perkara yg sama.

Tiada jurang antara kita.Malah kita merasakan perlunya perbincangan seperti itu untuk charge iman kita.Akhirya kita sepakat memilih satu waktu untuk meneruskannya lagi.Semoga ilmu kita semakin bertambah,ukhwah kita semakin akrab,minda kita semakin matang dan paling penting kita sentiasa bersemangat untuk Islam.

Walaupun pertemuan ini bukannya selalu,itu juga adalah ruang untuk kita merehatkan minda setelah berperang di dalam class.Ini juga adalah ibadah.Mudahkan cara untuk merehatkan fikiran.Semoga hidup ini sentiasa dipenuhi dengan perkara berfaedah.

Buat sahabat-sahabat yg sentiasa mewarnai hidup saya,cuti mid break yg bakal menjelma ini jangan lupa belajar ye.Makan angin jangan lupa buah tangan.Task next usrah jangan lupa juga ya.Pastikan pengisian yg mantap-mantap.Bedah buku banyak-banyak juga ok.Saya sayang kalian kerana Allah.
Author: =)
•8:54 PM
Hati saya rasa resah gelisah.I don't know.Maybe I have done something wrong to someone.I try to cope it.Yakin Allah sentiasa di sisi.Everything will be Ok.Insya Allah.Tenanglah wahai hati.Tenanglah.......

Tomorrow I have a quiz.I must study.Study is my priority.Try to do the best.You can do it.Sure!!!!!!

I will keep my promise,to perform better for this sem.

Ok,I think I need to stop writing.All my friends already in the battle.I need to join them.Wait!!!!!!!

Last word........usaha tangga kejayaan...(boleh lah..)=)
Author: =)
•1:02 PM
3 weeks.
Lama juga saya meninggalkan blog ini kesepian.
Menjengah pun sekali sekala sahaja.
Macam busy sangat gayanya....

Akhir-akhir ini dapat rasakan kesihatan saya merosot.minggu lepas demam dan seringkali headache.Sometime jalan pun seperti di awang awangan.Mungkin low blood pressure.Itulah skip meals lagi.Kalau tak ada orang ajak makan tak terjejaklah cafe tu.Rela menjamah biskut kering yg tersedia di bilik.Tapi yg peliknya kalau kat rumah tu pandai pula pergi dapur makan.Tak payah orang ajak pun.

Namun, sebenarnya ada hikmah yg tersembunyi.Jika selama ini seringkali lalai, ini lah masanya untuk muhasabah diri.Tubuh pun ada haknya.Rohani dan jasmani.Kedua duanya penting dan saling melengkapi.Insya Allah saya akan berusaha untuk memenuhi tuntutnya.Tak nak lagi skip meals.(boleh ke????ish!!!!!usahalah).Hah...rohani pun jangan lupa ye!!!!!!(you can do it!)

Lagi satu,
Saya sering headache maybe banyak sangat berfikir rasanya.Hurm....ye ke?

"apalah yg kau fikir tu.Kalau diam termenung tak berkerut kepala tak sah",tegur seorang sahabat saya.

"Biasalah economy kan kena banyak fikir......",balas saya sambil berjenaka.Ketawa mereka pun meledak.

Mungkin betuk juga.Kadang-kadang perkara itu saya tak nak fikir pun.Tapi tiba-tiba sahaja ia muncul.Semakin banyak saya memerhati,meneliti dan mengkaji semakin banyak persoalan yg perlu di bongkar.macam hypothesis pula.

Walau apa jua keadaan pun hidup mestilah optimis.Usaha untuk yg terbaik.Dan ingatlah Allah walau ketika duduk,berdiri ataupun berbaring.Semoga hidup ini sentiasa di berkati.Insya Allah.

Indahnya kerdipan itu

8:35 PM / / comments (0)

Labels:

Sebuah pencarian

12:52 AM / / comments (1)

Oh banjir!!!!!

10:25 AM / / comments (2)

Labels: , ,

Kegelapan malam yg memberi sinar.

5:11 PM / / comments (0)

Hati ku berdegup

9:16 PM / / comments (0)

Setiap orang pasti mempunyai hati.Dan dari hati itulah larirnya pelbagai perasaan yg unik.

Sedih.
Gembira.
Risau.Gelisah.Macam-macam lagilah....Perasaan itu adakalanya menyenangkan dan adakalanya juga meresahkan.Terutamanya ketika ia berdebar tanpa sebab.Dup! dap! dup! dap!

"Tu cuma perasaan kau je.Tak yah la fikirkan sangat"
"Mainan syaitan tu"
"Tu mind set je.Sebab tu lah berdebar-debar"
"Naluri je.Biasalah manusia"

Ini antara andaian yg sahabat saya beri tatkala saya merasainya.Mungkin betul juga.Sejak itu saya sering mengabaikan perasaan itu.Saya tak percaya perkara yg karut-karut.Kononnya,mesti ada sesuatu yg tak di duga berlaku.

As a result,once perasaan itu datang saya tak kisah pun walhal hati ini tak tahu nak describe macamana.Apa yg penting,always ingat Allah dan pohon ketenangan daripada Nya.Mungkin Allah mahu beri peringatan bahawa diri ini tak terlepas dari dosa.

Namun,seringkali kehairanan menjengah ke dalam hati ini.Naluri saya mudah mentafsir.Kadang-kadang apa yg saya jangkakan perkara itu terlebih dahulu terlintas di hati dan fikiran.Mungkin kebetulan.Tapi bukan sekali dua malah hampir selalu.Naluri sentiasa berkata benar.

Bersangka baiklah,mungkin Allah mahu diri saya lebih bersedia untuk segala kemungkinan.Andainya ia berita gembira bersyukurlah itu semuanyakan anugerah Allah.Andainya berita sedih biarlah hati ini bersedia dalam ketenangan dan bersabarlah.Yakin hikmah di sebaliknya.Allag Maha Mengetahui.

Ketika ada kelapangan masa tadi saya ada google sedikit maklumat naluri dan firasat.

Antara naluri dan firasat…

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.
Ini baru sikit.Banyak lagi maklumat mengenainya.Cubalah baca di sini

http://kaunseling.multiply.com/journal/item/13

Semoga bermanfaat dan lebih memahami perbezaannya.

Labels:

Coretan untuk sahabatku

9:21 PM / / comments (2)

Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.Tup!tup! dah nak mid break pun.Its means dah hampir pertengahan sem.Mid term dah berderet macam kereta api.Assignment pula menjeling-jeling manja bila nak siap.

Apakah tandanya itu???
Hah!!!!!!!!mestilah kena belajar bersungguh-sungguh.Don't play play
Tapi kenapa kena belajar?sebab nak exam ke????
Bukan!!!!!!!!Belajar kerana Allah.Belajar pun jihad.Ilmu itu penting untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Betul tu!!!!!

Namun,dalam kesibukan balajar kita tidak boleh menjadikannya alasan untuk  duduk bersendiri menghadap buku 24 jam.Tubuh pun mahu berehat.Itulah hikmahnya beriadah.Seronoknya.....Sesungguhnya riadahkan baik untuk tubuh dan minda.

Teringat kegembiraan saya dah sahabat-sahabat beriadah semalam.Dan tentunya saya lagi gembira sahabat saya dari mahallah Nusaibah sanggup turun meniti laluan tangga yg berliku demi riadah bersama.Next time turun lagi ye.....nanti kita main netball.

Merehatkan minda itu hanya dengan beriadah ke?main-main?melayari internet(senaman mata,agaknyalah)?
Tak........banyak lagi aktiviti.

Pandangan saya jatuh pada tulisan UKHWAH pada salah satu bookmark di hadapan saya.Kadang-kadang kita sudah membina perancangan rapi,namun lain pula jadinya.Dan kadang-kadang kita tak pernah terfikir pun,namun itulah yg terjadi dengan jayanya.Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yg terbaik.

Buat sahabat-sahabat saya,terima kasih kerana memberikan respon yg positif ketika berqiyam di masjid kelmarin.Ukhwah itu amat dirasai.

Kita bebas berbicara ketika dalam usrah.
Kita bebas berkongsi masalah.
Kita bebas melontarkan pendapat.
Kita merasai perkara yg sama.
Kita juga merisaukan perkara yg sama.

Tiada jurang antara kita.Malah kita merasakan perlunya perbincangan seperti itu untuk charge iman kita.Akhirya kita sepakat memilih satu waktu untuk meneruskannya lagi.Semoga ilmu kita semakin bertambah,ukhwah kita semakin akrab,minda kita semakin matang dan paling penting kita sentiasa bersemangat untuk Islam.

Walaupun pertemuan ini bukannya selalu,itu juga adalah ruang untuk kita merehatkan minda setelah berperang di dalam class.Ini juga adalah ibadah.Mudahkan cara untuk merehatkan fikiran.Semoga hidup ini sentiasa dipenuhi dengan perkara berfaedah.

Buat sahabat-sahabat yg sentiasa mewarnai hidup saya,cuti mid break yg bakal menjelma ini jangan lupa belajar ye.Makan angin jangan lupa buah tangan.Task next usrah jangan lupa juga ya.Pastikan pengisian yg mantap-mantap.Bedah buku banyak-banyak juga ok.Saya sayang kalian kerana Allah.

Labels:

Resah

8:54 PM / / comments (0)

Hati saya rasa resah gelisah.I don't know.Maybe I have done something wrong to someone.I try to cope it.Yakin Allah sentiasa di sisi.Everything will be Ok.Insya Allah.Tenanglah wahai hati.Tenanglah.......

Tomorrow I have a quiz.I must study.Study is my priority.Try to do the best.You can do it.Sure!!!!!!

I will keep my promise,to perform better for this sem.

Ok,I think I need to stop writing.All my friends already in the battle.I need to join them.Wait!!!!!!!

Last word........usaha tangga kejayaan...(boleh lah..)=)

Labels:

Optimis

1:02 PM / / comments (0)