5.30 pagi.
Seusai bertahajud dia mengambil sedikit masa untuk mentadabur alam.Tangannya segera mencapai tikar mengkuang yg kecil terus menuruni anak tangga menuju ke satu kawasan lapang.Satu kawasan rahsia untuk dia menikmati pemandanganyang sangat istimewa.
Dia berdiri betul-betul di satu kawasan lapang yg hanya di kelilingi pokok-pokok renek.Sunyi tapi mendamaikan.Tikar mengkuang segera di bentang.Pandangannya dilemparkan ke kawasan sekeliling.Terdapat cahaya yang samar-samar daripada blok berhampiran.Kebanyakkan penghuninya masih leka di buai mimpi indah.
Dia baring di atas tikar itu sambil memandang langit yg gelap namun seolah-olah bercahaya di simbah kerdipan bintang-bintang yg bertaburan.Ada yg terang-menderang dan ada juga yg agak malap.Sesekali kelihatan beberapa buah kapal terbang membelah awan.Leka dan mengasikkan.
Kadangkala dia merasakan bintang-bintang itu sedang mengenyitkan mata padanya.Berkelip-kelip seperti mengikut alunan muzik.Dia tersenyum melihatnya.Jiwa terasa damai.Udara sejuk juga sangat menyegarkan ditambah dengan bau rumput yg masih basah dengan titisan embun.Paru-paru terasa bersih.Setiap hela nafas dinikmati sepuasnya.Indahnya saat itu.Pandangannya masih leka menikmati keindahan ciptaan Allah.
Se
perti dialam mimpi.Dia di atas singahsana indah.Setiap sudut pandangannya adalah kecantikkan langit dikelilingi bintang-bintang.Tangannya mahu sahaja mengutip setiap butiran bintang itu.Namun itu hanyalah ilusi.Ya Allah indahnya syurgaMu.Jika ini akupun sudah merasa indah apatah lagi syurga yg berkali-kali ganda lagi indah ditambah dengan segala ni'mat yg melimpah ruah.Tapi layakkah aku untuk syurgaMu?
Allahuakbar!Allahuakbar!!!!!!!!!
Azan subuh memecahkan kesunyian pagi Subuh.Rupanya sebentar lagi fajar akan menyinsing.Matahari pula akan menjelma,Malam akan berarak pergi menggantikan siang.Ayam jantan mula berkokok.Rutin harian juga bakal bermula.Kelihatan beberapa penghuni blok membuka lampu bilik masing-masing.Segera menunaikan amanah Allah.
Tikar mengkuang juga digulung kemas.Sebelum mengatur langkah pulang kebilik dia memerhatikan bintang buat kali terakhir sambil tersenyum puas.Terima kasih Ya Allah kerna memberikan ni'mat mata untuk memerhatikan ciptaan Mu yg sangat hebat,Terima Kasih ya Allah kerana masih memberikan nyawa untuk menghirup udara segarMu. Langkah di atur kemas untuk berjalan pulang.Semoga aktiviti dia ini memberi manfaat untuk jiwanya.
Badan di hempas ke atas katil yg empuk sambil tangan membelek-belek buku.Exam semakin hampir tapi masih tak sedar-sedar lagi.Helaian demi helaian di selak.Tetapi ia bagaikan angin lalu.Otaknya entah menerawang ke mana-mana.Dia cuba meneliti rutin hariannya pada hari ini.Sibuk.Pagi-pagi lagi sudah ke kelas kemudian menyelesaikan assignment hingga ke malam,petang pula melaksanakan tugasan membeli hadiah untuk program esok.Itulah seorang mahasiswa.Tidak pernah terlepas dari kesibukkan.
Buku di tutup dan letakan bersebelahan bantal.Matanya merenung jauh dalam kegelapan malam di sebalik tingkap yg ternganga luas.Angin malam beserta kedinginan hujan menerpa masuk.Tiba-tiba hatinya di pukul kesedihan.Dia meneliti usianya yg semakin menginjak dewasa.Teringat zaman kenakalan di alam kanak-kanak.Teringat juga zaman yg penuh cabaran dan dugaan di alam remaja.Semuanya kini telah berlalu tanpa disedari.Dan masa tidak akan pernah berpatah balik.Suka atau tidak,mahu atau tak waktu itu pasti akan berlalu dan tiada alasan untuk kita mengelak darinya.Setiap manusia mesti melaluinya.
Usia kedewasaan.Dewasakah dia.Matangkah pemikirannya.Entahlah.Jika dulu umur sebegitu sudah mampu menakluk dunia,menjadi khalifah,mampu berkarya hebat,petah berdebat,pintar membina strategi,gigih berjuang,dan lain-lain kehebatan yg tiada tandingan,bagaimana pula dengan dia?.
Masih bertatih.Banyak yg perlu diperbaiki.Azam dan impian itu ada.Namun kadangkala tenggelam timbul.Waktu pagi ia bersinar indah,berkobar-kobar.Matahari tegak di atas kepala tidak diendahkan.Namun,apabila mendung hitam berarak datang diiringi hujan lebat dan kilat yang sambung menyambung,terus menenggelamkan azam itu.Dan kadangkala terus mengalir bersama air lumpur yg kotor.
Hujan itu sepatutnya menjadi penyubur azam tapi sebaliknya terjadi.Keteguhan hatinya seringkali teruji.Hampir sahaja dia jatuh menyembah bumi namun kerana keimannya yg satu dia gagahkan diri untuk bangkit semula.Tetapi dia tetap manusia..Manusia biasa yg masih memerlukan pertolongan.manusia biasa yg imannya turun dan naik dan kadangkala yg turun itu lagi selalu dari menaik.Dia menghelakan nafasnya.Cuba mencari kekuatan untuk muhasabah diri.
Akhir-akhir ini terlalu banyak berita kematian yg menjengah cuping telinganya.Tidak kira yg tua mahupun muda.Semuanya orang yg hampir dengannya.Kematian itu pasti kan tiba,Tidak akan cepat mahupun lambat walaupun sesaat.Jantungnya berdegup kencang.Seolah-olah angin puting beliung datang menerpa.Bagaimanakah nasibnya?bersediakah dia untuk menghadapinya bila saatnya pasti tiba.
Jarinya menggosok-gosok pangkal hidung sambil matanya tertutup rapat.Hanya bunyi bilah kipas mengisi ruang kesunyian.Hatinya menjadi sayu.Dia harus berubah.Semangatnya perlu membara agar setiap urat nadinya bergerak aktif.Segala keperitan,kepayahan dan kesengsaraan perlu di harungi.Semestinya dengan jiwa yang kental.Kentalkah dia?Tepuk dada tanyalah iman.
Malam semakin larut.Tenaganya perlu disimpan.Dia segera berdiri menutup tingkap dan lampu.Mata cuba di lelapkan.Tanpa sedar air matanya mengalir di celah kelopak mata yg tertutup.Dia inginkan secebis kekuatan untu mengharungi segala ketakutan ini.Ya! dia tersangat memerlukan kekuatan.Dia harus berusaha berdiri walaupun dalam kepayahan.Ya Allah!kuatkanlah dia.
11.30mlm,McD Ampang Park
Suasana yg tenang.Terdapat sebuah keluarga berbangsa Iran sedang menikmati hidangan mereka di sudut paling hujung.Si bapa berselera mengunyah burger.Si ibu leka melayan anak-anak sambil sesekali fun fries di masukkan ke mulut.Mereka berbicara riang sambil tergelak.Entah apa perkara yg di lucukan pun tidak tahu.
Kemudian datang lagi sebuah keluarga berbangsa Cina sambil membawa dulang yg dipenuhi hidangan McD.Mereka sedang memilih tempat duduk.Di penjuru lagi satu pula terdapat pasangan yg sedang enak menikmati burger sambil sesekali menjilat jari dan berbicara.
Di tempat duduk luar McD pula terdapat beberapa pemuda sedang berbual sambil menghirup kopi Arabica.Di tangannya juga terdapat seputung rokok.Kelihatan semuanya sedang sibuk dengan hal masing-masing.
Namun tidak bagi dia.1jam duduk di McD hanya menikmati ais krim dan fun fries bagi mengisi perut yg tak henti berkeroncong.Rancangan asalnya mahu dinner di tempat lain bersama kakaknya yg pulang lewat malam dari bekerja.Tapi dek kerana meeting yg tidak bernoktah terpaksalah dia dinner bersendirian.
Walaupun McD bukanlah pilihannya,tapi dia terpaksa akur.Tiada tempat lain lagi yg selamat untuk dia menanti kepulangan kakaknya yg bekerja di KLCC setelah jam menginjak 12.00 mlm.Di restoran 24 jam sahajalah yg dirasakan selamat.Mahu tunggu di luar kawasan Ampang Park mahu sahaja dia membuka peluang bagi kutu-kutu jalanan.Lagi-lagi dengan berbaju kurung ayu,pakaian pulang dari class.
Sewaktu menaiki LRT dari Gombak tadi pun sudah banyak mata yg kurang senang memerhatikannya.Dia hanya mampu memohon perlindungan Allah.Apa yg penting dia ingin segera menemani kakaknya yg pulang lewat bekerja menuju ke Bukit Jalil.Selain itu,dia ada juga tujuan lain untuk pulang ke rumah.Beberapa buku dan dokument penting perlu di ambil untuk pelbagai urusan.
***********************************************************************************
"bip",terdapat satu message masuk
"kakak baru keluar dari KLCC.20 minit sampai",lega hatinya membaca message yg ringkas itu.
Maknanya sebentar lagi dia akan pulang ke rumah.Letih rasanya duduk di McD sambil di hidangkan dengan pelbagai ragam manusia.Malam yg semakin larut seolah olah waktu untuk mereka berpesta.
"bip",tak sampai beberapa saat message kedua masuk
"belika set Mc Chicken dengan air MILO.Nanti kakak ganti balik duit.",dia memahami message tersebut.
Tiba-tiba perasaan kasihan menerpa sanubarinya.Seharian kakaknya bekerja hingga sesuap nasi pun sukar untuk di jamah.Walaupun di KLCC itu berterabur kedai makan,namun kesibukan kerja menjadi penghalang.Tidak hairanlah dia bila mengetahui kakaknya sering menjamah roti untuk lunch.Lama-kelamaan badan pun semakin susut.Itulah lumrah, semakin tinggi jawatan yg di pegang,semakin besar tanggungjawabnya.
Dia segera memesan set Mc Chicken untuk take a way.Selepas itu dia terus menunggu di luar McD.Beberapa minit kemudian sebuah kereta Wira Special Edition datang ke arahnya.Si kakak datang menjemput.
Dia masuk ke dalam kereta sambil di sambut senyuman oleh si kakak.Segala pesanannya di hulurkan.Belum sempat berkata apa-apa,air MILO telah di hirup.Kemudian fun fries pula di kunyah.Masih lagi dengan kesopanan.Dia memerhatikan sahaja.
"lapar ni......dah tak tahan.Meeting banyak sangat",si kakak berkata sambil berbaur keletihan.
Dia memahami.Alhamdulillah penyakit gastrik kakaknya tidak menyerang.Kalau tak pasti perjalanan pulang ke rumah bertukar arah ke hospital.
***********************************************************************************
Setelah perut di isi sedikit, perjalanaan pulang ke Bukit Jalil di teruskan.Mulut di isi makanan sambil tangan memandu.
"Semalam pun macam ni,Tiap-tiap hari balik lewat",si kakak mengadu kepada dia.
Terbayang keletihan bekerja.Jika dia fikir zaman belajar letih dengan assignment bertimbun dan class,at least malam ada juga masa untuk diri.Alam pekerjaan lagi mencabar.
DJ Ikim menceriakan perjalanan mereka.Sesekali di selangi nasyid yg mententeramkan jiwa.
"Dah start cuti mid break ke?",si kakak bertanya
"Belum la.Esok ada lagi class.Ni nak amik buku",dia berkata dengan tenang
"kakak balik kampung kan cuti Raya Cina ni?balik la...nanti mak tunggu"
"balik lambat sikit kot.Ada kuliyyah tafsir"
"Ok.kakak,kita pun pergi kuliyyah hadith......kuliyyah sirah"
"Iye..belajar apa?"
"banyak",dia menjawab setiap pertanyaan kakaknya dengan gembira.Apa yg diperolehi dari kuliyyah hadith dan tafsir di kongsikan bersama.Seolah-olah perjalanan pulang ke rumah di sulami majlis ilmu.
"nanti kakak pun nak bacalah",si kakak juga mahukan perkongsian bersama
"boleh je......Kakak!,hari tu lecturer kasi quiz"
"dapat berapa markah?"
Pertanyaan kakaknya di jawab riang.Dia bercerita segalanya tentang class,lecturer dan impiannya untuk masa depan.Kakaknya sentiasa memberikan respon positif.Kadang-kadang di selitkan dengan gurau senda yg mengharmonikan lagi hubungan adik beradik.Tidak lupa juga kata-kata semangat untuk terus berusaha agar menjadi yg terbaik.Kereta terus membelah kepekatan malam.
***********************************************************************************
Kereta di belokkan ke satu kawasan perumahan dan terus menuju ke sebuah lorong.Rupa-rupanya mereka hampir sampai ke rumah.Pintu pagar automatik terbuka bagi memberi laluan kereta masuk.Akhirnya destinasi yg ingin di tuju pun sudah tiba.
Malam yg bermakna.Walaupun perjalanan yg meletihkan tapi bermanfaat.Dia berazam untuk memanfaatkan seluruh kehidupannya.Bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan cuba untuk mengikhlaskan diri.Semoga malam itu adalah sebuah permulaan untuk kehidupan yg lebih baik dan semoga si kakak akan sentiasa di bawah rahmat Allah.Setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
Kereta Wira Special Edition itu menderu laju membelah kepekatan malam lebuhraya Utara-Selatan.Meter had laju yg terletak di dashboard tidak dihiraukan si pemandu.Tanggannya kemas memegang stereng.Kakinya pula setia menekan pedal minyak.Lagu Satu Perjuangan dendangan Brothers menjadi teman setianya.
Satu perjuangan........
Satu arah tujuan .........
kita melangkah seiringan
Satu perjuangan
Yeah!!!! itulah satu perjuangan yg mengeratkan hubungan Husna bersama sahabat karibnya,Maryam.Mereka bertemu di program ta'lim sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa.Bermula detik itulah hubungan mereka semakin rapat.Tambahan pula Maryam yg aktif berpersatuan seringkali mengajak Husna menghadiri pelbagai majlis ilmu.Ajakan Maryam seperti orang mengantuk di sorong bantal bagi Husna.Dia yg selama ini sering tercari-cari haluan hidup akhirnya menemui jalan penyelesaian.Jika dulu hidupnya penuh dengan dunia,kini dia berasa tenang.Hatinya sentiasa dibasahi dengan tazkirah manakala keimanannya sering dibajai dengan ketaqwaan pada yg Maha Esa.
**********************************************************************************
"Hidup ini umpama seorang pengembara yg duduk berehat di bawah pohon.Sepanjang waktu itulah bekalan perlu di kumpulkan.......",kata-kata Maryam menyentuh sanubari Husna.
"Bekalan??bekalan untuk apa?kalau dah berehat tidur jelah.......",balas Husna dengan selamba..
"Bekalan akhirat......",balas Maryam ringkas.Tapi kata-kata itulah yg membuatkan Husna berfikir.
Semenjak itu,pantang sahaja ada majlis ilmu,pasti hatinya meronta-ronta untuk menghadirinya.Dia umpama pengembara yg begitu dahagakan ilmu.Sesibuk mana pun,waktu untuk ke majlis-majlis sebegitu pasti diperuntukkannya.Husna yakin bahawa setiap detik untuk Allah pasti akan dibalas Nya.Hasilnya telah terbukti.Walau Husna sibuk ke sana ke mari,keputusannya tidak pernah mendukacitakan.Dean's list sentiasa.Maka tidak hairanlah dia kini bergelar Manager di sebuah syarikat gergasi Malaysia yg terletak di Kerteh,Terengganu.
Kedatangannya ke Johor adalah untuk menghadiri majlis perkahwinnya Maryam.Walaupun mereka di pisahkan beribu-ribu batu,seorang di timur, dan seorang di selatan itu tidak menjadi penghalang rantaian ukhwah mereka.Maryam kini bergelar pensyarah Pengajian Islam di Universiti Teknologi Malaysia yg terletak di Skudai dan bakal meneruskan pengajian Ph.D bersama bakal suaminya di Damsyik,Syria.
"Hai.....maryam nampaknya jodoh kamu datang dulu",Husna bermonolog sendiri.
*********************************************************************************
10.00p.m
Tangkak
Ini bermakna lagi 2 jam perjalannya.Setelah merentas beribu-ribu kilometer dari Terengganu,akhirnya Husna semakin hampir untuk bertemu Maryam.Rindu di hati tak mampu di bendung lagi.Kali terakhir mereka bertemu adalah 3 tahun lepas iaitu ketika majlis konvokesyen.Selepas itu masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Husna sentiasa di hujani projek -projek dari dalam dan luar negara.Tuntutan kerja juga sering membawa dia merentasi pelbagai benua.Maryam pula selepas konvokesyen sibuk menyiapkan tesis di samping giat menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk memerangi gejala sosial yg semakin membarah jika di biarkan.
Hanya facebook,YM,blog,dan SMS menjadi tali penghubung.Itupun perbincangan mereka banyak berkisarkan isu-isu semasa.akidah dan keimanan demi mencari keredhaan Ilahi.Sesungguhnya ukhwah yg terbina kerana Allah mempunyai kemanisan yg tidak dapat di nilai.
***********************************************************************************
"Room no 343 ya cik.Terima kasih."
Dengan senyuman, Husna mengambil kunci dari counter receptionist selepas check in di hotel.Dia akan bermalam semalaman sebelum menghadiri majlis akad nikah Maryam keesokan harinya.
Husna melontarkan pandangannya jauh ke luar tingkap.Cantik sekali.Pemandangan hotel dari tingkat 15 memperlihatkan Johor Bahru bermandikan cahaya lampu.Di situlah terdapatnya sebuah kehidupan yg berkembang.Semua manusia akan melalui pusingan itu,dari kanak-kanak,remaja,dewasa,.berkahwin,dapat anak,cucu, dan akhirnya usia emas.Dirinya juga tidak terlepas.Agaknya sudah masa untuk dia memikirkan soal peribadi.Ibu di kampung juga dah jenuh bertanya.
"Sabarlah ibu.Insya Allah jodoh pasti tiba.Lepas Maryam saya pula..........",Husna berkata sendiri sambil menyedapkan hatinya.
Malam semakin pekat.Kelesuannya memandu juga semakin memuncak.Selepas membersihkan diri Husna terus lena di buai mimpi.
***********************************************************************************
Amin....
semua tetamu mengaminkan doa tanda kesyukuran
Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah.Dengan hanya sekali lafaz kini Maryam bergelar seorang isteri.Husna yg duduk di sebelahnya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.
"Selamat pengantin baru sahabatku",Husna menguntumkan senyuman sambil tangannya merangkul tubuh Maryam yg anggun berbusana putih.Tidak semena-mena air matanya mengalir.Husna tidak tahu apakah perasaannya ketika itu.Gembira,sedih,terharu.Semunya bercmpur-baur.Pandangan mereka bertentangan.Husna merenung jauh ke dalam anak mata Maryam.Seolah-olah ketika itu, mata yg mereka berbicara.Mungkin Maryam juga mempunyai perasaan yg sama.Hanya masing-masing mengerti.
Cincin disarung ke jari manis dan satu kucupan di dahi singgah di dahi Maryam.Tanda dirinya kini sudah halal bagi insan yg bergelar suami.Tanggungjawabnya semakin bertambah.
Hadirin yg menyaksikan ternyata begitu gembira.Kedua ibu bapa mempelai tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.Kini dua jiwa yg dahulunya asing telah disatukan.Bermulalah penghijrahan baru.Terbina lagi satu baitul muslim yg bakal melahirkan generasi-generasi terbilang.
***********************************************************************************
6.00p.m
Seremban
Selepas menghadiri majlis perkahwinan Maryam,Husna terus bertolak pulang ke Terengganu kerana keesokkannya dia ada janji temu bersama client.Kalau di ikutkan hati mahu juga dia bercuti di sekitar Johor sambil merehatkan fikiran.Tetapi tuntutan kerja memerlukan kepakarannya.Husna sendirian memandu.
"Maryam,nanti saya mesti tak boleh lagi jalan-jalan berdua dengan awak kan.Macam zaman kita belajar dulu.Rasanya setiap ceruk tempat kita dah jelajah",Husna mengingatkan kenangan lalu kepada Maryam sebelum majlis akad nikah.
"Siapa cakap.jika suami saya izinkan mesti boleh.Ha'ah...dah lama kita tak spent masa sama-sama.Awak tu yg busy sangat.Kejap negara Jepun la,Qatar la,China la......tak pernah pun ajak",balas Maryam
"E'eh..saya yg pula yg salah.Lagipun company yg support.Kalau harta saya tu bergunung-gunung mesti saya ajak awak dah.Bukan awak je tau,sedara-mara awak semua saya ajak.Cakap,ceruk mana awak nak jelajah saya pergi",balas Husna tak ingin mengalah.
"Ya lah tu.By the way how ur life?usrah?iman?hati?",sempat lagi Maryam berbicara.
"Alhamdulillah,saya masih lagi join usrah.walaupun agak busy,tapi naqibah saya tetap sabar.Lagipun peluang saya menjelajah ke pelbagai benua,mengajar saya untuk toleransi,sabar.Paling penting saya kena tunjukkan keindahan Islam.Tak semestinya wanita yg bertudung tak mampu menjadi hebat.Cabaran untuk mempraktikkan ibadah dalam zon masa yg berbeza juga pengalaman yg sangat berharga",jawab Husna panjang lebar.
'Seronokkan...untung awak.No matter u need dakwah.I'm happy with u.Husna......walaupun saya nanti dah ada suami,saya tetap Maryam yg dulu.Suka bercerita,suka berkongsi.Ukhwah kita kekal sampai ke syurga.Ingat,kita ada satu matlamat perjuangan yg sama.Bumi UIA telah mentarbiyah kita.Di situ kita membina diri kita.Di situ kita hadapi susah senang.Di situlah jugalah kita bersama-sama kenal apa itu kemanisan iman.Kongsikan apa yg kita dapat kepada masyarakat.Walau banyak cabaran kita kena tempuhi.Kita nak syurgakan?Walaupun lepas ni mybe kita susah nak jumpa,saya nak belajar ke Syria awak busy,ingat saya dalam doa awak.Saya sayang awak kerana Allah.Ingat segala kenangan kita ya.....",nasihat Maryam buat Husna.
"Saya usaha.Saya pun sayang awak kerana Allah.Semoga kita terus tegar dalam perjuangan kita.Semoga dengan perkahwinan ini awak semakin giat berjuang dan dapat anak comel-comel tau",balas Husna berseloroh.
Husna tersenyum mengingati perbualannya dengan Maryam.Sempat lagi mereka berbicara dalam bilik pengantin sebelum majlis akad nikah.Sesungguhnya dia bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan Maryam.Banyak yg dipelajari.Doanya semoga ukhwah ini terus terjalin walaupun tanpa bersua muka.Sesungguhnya tautan iman kepada Yang Maha Esa telah mengikat hati-hati mereka.
Husna trus menumpukan pemanduan.Kereta terus meluncur laju seperti semangatnya yg berkobar-kobar untuk Islam.Pertemuannya dengan Maryam umpama satu suntikan semangat.Tidak lupa dia berharap agar di temukan jodoh.Dia juga ingin menjadi sayap kiri suami seperti Siti Khadijah.
Suasana begitu sunyi sekali.Hanya bunyi detikan jam dan pusingan kipas angin memecah kesunyian.Semua orang leka dengan tugasan masing-masing.Namun,berbeza dengan Aisyah.Dia hanya bersandar di kerusi rehat sambil meriba laptop.Tenungannya tepat ke arah skrin tapi fikirannya kosong.Jiwanya diselubungi kesunyian.Jika di kampus waktu petang begini pasti dia akan menaiki motor menghirup udara.Dan pastinya Ain sahabatnya setia menjadi pembonceng.Walau tidak pun waktu petangnya sentiasa padat dengan aktiviti.Dia tersenyum sendiri mengingati telatah sahabat-sahabatnya.Ada saja bahan yg menjadi usikan.Ah!!!mereka pasti sedang bergembira bersama keluarga masing-masingLagikan sedang cuti semester.Getus hatinya.
6.20 petang.Sebentar lagi matahari akan terbenam di ufuk barat.Malam pula menjelma.Inilah lumrah alam.Sentiasa setia mengikut percaturannya.Malam dan siang juga dicipta untuk membantu manusia menjalani kehidupan.Malam adalah waktu untuk tidur dan berehat setelah siang berhempas pulas mencari rezeki.
"Aisyah!!!!!!", Panggilan itu mematikan lamunannya.
"Ya ibu",dia membalasnya dengan lembut
"Tolong hantarkan tom yam ni ke rumah Nek Piah",ibunya bersuara dari dapur.
Tanpa membantah Aisyah segera menyarung tudung.Tom yam yg sudah di bekalkan ibu segera di ambil.Ibunya memang selalu melebihkan masakan untuk di beri kapada Nek Piah,jiran mereka.Lagipun Nek Piah tinggal berdua bersama suaminya.Kudratnya yg telah uzur kadangkala menghalang Nek Piah untuk memasak.Justeru tidak hairanlah ibunya rajin menghantar makanan sekaligus meringankan beban Nek Piah.Sesunggunya bersedekah kan satu amalan mulia.
Aisyah menyusuri laluan ke rumah Nek Piah sambil berlagu riang.Dari jauh sudah kelihatan halaman Nek Piah yg bersih dikelilingi pokok-pokok bunga.Walaupun uzur,Nek piah sering menceriakan halaman rumahnya.Ditegah macamana pun dia tetap dengan aktivitinya.Barangkali itulah yg dapat menghiburkan hati di kala kesunyian.Anaknya pula jarang sekali menjenguk.Rasanya boleh di bilang dengan jari.
"Assalammualaikum....."
"Waalaikumsalam....Aisyah rupanya.Masuklah",senyuman Nek Piah menyambut kedatangan Aisyah.
"Nek, ni ada tom yam sikit.Ibu masakkan.Nanti nek makan ye",jelas aisyah sambil menghulurkan beg plastik yg mengandungi bekas berisi tom yam.
"Terima kasih Aisyah.Susah-susah aje ibu kamu.Nenek tak de apa nak dibalas",nadanya berbaur kekesalan.
"Sama-sama.Tak pe nek.Bukannya ibu mintak balasan.Lagipun ibu masak banyak.Nek makan ye.Aisyah nak balik dulu.Kejap lagi Magrib",tangannya dihulur untuk menyalami Nek Piah.
"Yelah,kirim salam pada ibu kamu.Aisyah belajar pandai-pandai ye.Nek akan selalu doakan",tubuh Aisyah yg genit itu dirangkul kemas.Seolah-olah melepaskan segala kerinduan yg terpendam di dada.
"Terima kasih nek.Aisah balik...", tangan dilambai sambil langkahnya diatur meninggal Nek Piah.Senyuman Nek Piah mengiringi perjalanannya.Jelas tergambar seribu kedutan di wajah Nek Piah menandakan umurnya juga emakin lanjut.
Tanpa disedari air matanya bertakung di kelopak mata Aisyah.Hatinya pilu mengenangkan nasib Mak Piah.Anaknya bukan kerja biasa-biasa di kota.Semuanya berkerjaya tinggi.Jurutera sahaja dua orang.Itu belum yg jadi arkitek,pensyarah dah ahli perniagaan.Gaji beribu-ribu.Tetapi rumah Nek Piah tak pernah berubah wajah.Masih lagi berdindingkan papan.Malah sebahagiannya ada yg di makan anai-anai.Atapnya pun masih berzink.Kesian Nek Piah.Aisyah hanya mampu berdoa agar Nek Piah dan suaminya sentiasa di beri kesihatan yg baik dan semoga anak-anakya yg dihujani kemewahan serta kesibukkan di kota masih ada masa untuk Nek Piah.
Aisyah terus menyusuri laluan ke rumahnya bersama harapan agar dia menjadi anak yg solehah.Pandangannya dilontarkan ke arah matahari yg semakin menghilang dan sang burung pula berlumba-lumba pulang ke sarang.Sesungguhnya kehidupan ini bukanlah suatu yg sia-sia.