Author: =)
•10:03 AM
    Kaki ini terus mengatur langkah laju.Setiap derapan kaki di nikmati.Mata terus tertumpu pada lorong balapan yg berwarna merah agar lariannya tidak tersasar dari lorong-lorong itu.Telinga di sumbat earphone sambil lagu-lagu penenang jiwa menemaninya.Larian di teruskan hingga tak sedar sudah berapa kali dia mengelilingi balapan itu.Sedar-sedar dari dua tiga orang yg sedang berjogging kini sudah ramai hingga gelanggang tenis di hadapannya pun sudah di penuhi dengan pemain yg entah berapa lama game sudah bermula.Kasut crocs yg di pakainnya mencuri perhatian.Hampir haus tapaknya akibat terlalu asyik berlari.

      Selepas subuh tadi dia terus bersiap ke balapan.Dari matahari yg belum terbit hingga burung-burung keluar dari sarang baru dia pulang ke bilik.Sebelum itu sempat juga dia menikmati pemandangan sungai di belakang female sport complex sambil badan disandarkan pada sebatang pokok.Air berkocak lembut tanda ada sebuah kehidupan di bawahnya.Sang bangau pula datang mendarat sambil mata melilau mencari secebis sarapan.Dan dia masih bersandar pada pokok itu memerhati.Cuba mencari secebis ketenangan di pagi hari.

     Kakinya terasa lenguh akibat terlalu lama berlari.Namun kelesuan itu tidak dihiraukan.Dia ingin menikmati kesunyian yg dirasai.Dia mahu masa untuk muhasabah dirinya.Semalam dia merasakan perasaan bosan yg amat sangat.Jika di beri skala 1 hingga 10,dia akan memberi 20.

   Gerimis turun.Seperti memahami perasaannya ketika itu.Diaterus berjalan balik ke bilik sambil menikmati kedinginan pagi yg segar.

    Dia mengharapkan sesuatu yg baik pada hari ini.Hari yg lebih baik dari semalam.Semalam dia keseorangan.Kawan di compartment sebelah kanan pulang bercuti,manakala campartment kiri semuannya masih diulit mimpi.Barangkali penat menonton movie hingga 2-3 pagi.Bilik sebelah pula ada yg mahu pergi latihan berlakon dan selebihnya juga pulang bercuti.Turun pula ke bilik kawan di bawah,seorang pergi usrah,seorang pergi berjalan ke Mid Valley dan selebihnya pula ada meeting.YB belaka mereka ini.

   Aras biliknya juga sunyi kerana ramai yg mengambil kesempatan pulang untuk weekend.Dia kesunyiaan sangat..Membaca buku pun seolah-olah buku itu sedang mentertawakannya.Otaknya tidak dapat menumpukan perhatian.

    Mahu pulang ke rumah family tengah gembira bercuti di Kedah dan Penang sejak hari Rabu lalu.Tinggallah dia keseorangan di sini.Ketika dia sedang sibuk dengan class,library dan urusan pembelian buku pada awal sem.family pula sebaliknya.Mana mungkin hati ini tidak sedih.Sebulan semester break tiada pun rancangan holiday.naik sem sahaja family banyak pula tempat mahu di tuju.Jika kawan-kawan di luar negara cuti tiba, sudah ada perancangan untuk jaulah ke mana,dia pula sudah tersedia tugasan as a fully housewife.

    Buka pertama kali dia ditinggalkan begitu.Dahulu pun ketika dia berperang dengan trial SPM family bergembira ke Cameron Highland.Ketika dia busy belajar mereka bergembira menjelajah ke tempat-tempat menarik di KL.Ketika dia mengikat perut di campus mereka seenaknya menikmati resepi-resepi baru.Pokoknya ketika mereka berkumpul kegembiraan, dia di sini keseorangan berjuang.Buku adalah teman setia.Bilik ini menjadi saksi bisu.Sapu tangan tempat setia si air mata.Al-Quran adalah kunci bagi kegusaran yg melanda.

    Dulu dia tidak menghiraukan perasaan cemburu itu.Tapi kali ini dia tidak tahu mengapa.Air matanya murah untu tumpah.Perasaannya bercampur baur.Seringkali memikirkan dirinya yg kerdil ini.Jika kakaknya telah membahagiakan parents dengan jawatan tinggi,kerja tetap,rumah besar gaji tinggi hinggakan mampu sahaja memenuhi segala keperluan parents,dia masih lagi berjuang dengan nota yg menggunung,assignment yg bertimbun dan exam yg mendebarkan.Kejayaannya masih belum lagi pasti.Masa depannya masih kabur.Perbelanjaan pun masih bergantung pada parents.Maka apa yg dapat membahagiakan ibu bapanya?tentunya kejayaan.Tapi Ya Allah,perjuangan ini banyak sungguh onak duri.Kemampuannya juga sering teruji.

    Nafas berat di lepaskan.Matanya memerhatikan bilah kipas yg ligat berputar.Mereka sedang buat apa agaknya di Penang.Mungkin sedang menikmati pantai,pasembur,laksa penang,sotong goreng,nasi dagang, dan pun tengah bershopping.Seronoknya.Penang jugalah antara tempat dia ingin makan angin.Tapi tidak kesampaian rasanya.Kalau dia bershopping pun mungkin akan mengosongkan pocket kakak-kakaknya.Ada baiknya dia tersadai di campus.Sekurang-kurangnya tidak ada siapa yg terasa.

"Wei balik tak minggu ni?Nak masak sedap ni"

Kadang-kadang seronok juga menjadi yg paling muda dalam adik beradik.Terasa mendapat layanan class pertama.Dan kadang-kadang juga pahit menjadi bahan buli.Kadangkala di anggap gurauan dan ada kalanya seperti pedang yg terhunus di dada.Pernah juga menangis kerana kelampauan itu.Tapi bukan ada siapa menghiraukan.Luka pandai-pandailah ubat.Lagipun lidah dah bibir pun adakalany tergigit.Mahu protes macamana pun mereka kakak.Mereka yg tua.Mereka perlu di hormati.

   Dia teringat zaman kanak-kanak dahulu.Akibat kesunyian  di rumah kerana kakak-kakaknya bersekolah di asrama, musim cuti adalah saat yg paling di tunggu.Rindunya untuk bersama mereka ada kalanya hingga mengalirkan air mata.Dia mahukan teman bermain,bercanda.Namun kadangkala kecewa apabila kadang-kadang musim cuti kakak ke-2 seludup ke campus kakak yg sulung di Gombak.Berminggu juga.Alasannya mahu gunakan komputer.Alang-alang itu mereka pun berjalan-jalan sekitar KL.Dia di rumah pula setia menunggu kepulangan kakak.Hanya teman sepermainan menjadi teman.Dari matahari terbit hingga terbenam dia bermain.Jenuh emak di rumah panggil pulang.Apa yg di mahukan adalah teman bermain.

    Kakak yg sulung juga seringkali mengambil short sem sewaktu di campus.Maka cutinya pun singkat.Itupun waktu cuti dia seringkali mengikut pak cik bercuti di Johor Bahru.Olek kerana pak ciknya seorang yg banyak travel kakaknya pun tumpang sekaki.Manakala dia di rumah pun menunggu kakaknya pulang.Dia mahukan teman.

    Jika dlu waktu cuti perkara yg paling gembira adalah berjalan-jalan,tapi dia sebaliknya.Perkara yg paling yg dinanti-nantikan adalah kepulangan kakak-kakaknya.Itu sudah memadai.Gembiranya dia apabila setiap aktiviti bertemankan kakak-kakak selain mak dan abah menjadi  peneman selama ini.Oleh kerana itulah,dia amat menyanyangi kakak-kakaknya.Terguris atau terluka dengan perbuatan mereka,di telan sahajalah.Lagi susah menelah perasaan rindu dan kesunyian.

    Maka tidak hairanlah jika di campus dia pun mempunyai hobi suka mengacau teman-teman rapat.Dia tidak mahu kesunyian itu memenuhi ruang hidupnya.Tapi dia akan memastikan gurauannya tidak berlebihan,Cukup sebagai penambah rasa dalam perhubungan.Jika temannya gembira lagi gembira hatinya.Jika temannya sakit ataupun sedih dia pun merasainya.Baginya teman juga adalah pendorong bagi dia melalui kehidupan ini.Dia tidak mahu kehilangan teman yg di sayanginya.Sunyinya tanpa mereka.

Telefonnya berdering.

"Hello,tengah buat apa.Kitaorang tengah lalu kat jambatan Pulau Pinang ni",nada si pemanggil yg girang

"Bestnye.Tengah kat bilik.Tengah baca buku",panggilan di jawab acuh tak acuh.Hatinya berbaur kesedihan.Panggilan bersilih ganti antara mak dan kakak.Nada mereka mestilah berbunga riang.Dia?tengah berperang dengan perasaan.

Pernah jugalah dia sengaja menyuarakan ketidak puashatian kepada family nya

"Kita cuti sebulan tak nak pun pergi bercuti.Time dah masuk semester baru semua nak berjalan",air mata hampir bertakung.Siapa yg tak kenal dia,seorang yg suka berjalan.Kini dia seperti di ikat kakinya.Sedih.

Mungkin dia terlalu emosi.Tapi bukannya boleh mengubah apa-apa.Yg bercuyi tetap bercuti.Yg belajar-tetap belajar.Tidak mengapalah.Mungkin ini pembakar semangat.Supaya apabila dia telah berjaya.Duit pun menggunung dan waktu itu tiada siapa pun boleh menghalang dia mahu mengembara ke mana.Tapi perkara pertama yg dia akan buat apabila kaya ialah membawa parents ke Makkah.Jika dulu parents yg support segala perbelanjaan umrah.Biarlah kali ini dia yg support.Insya-Allah.

Hurm....

Walaupun hatinya di rundung kesedihan.Jiwanya sarat dengan emosi.Dia perlu mendekatkan diri pada Allah.Kerana Allah jualah yg mengetahui kesengsaraan hati ini.Allah jualah yg akan memberi penawar ketenangan.Alah jualah memberi dia sumber kekuatan.Kepada Allah jualah dahinya bersujud.Biarlah air mata yg gugur hanya untuk Allah.Allah jualah Yang Maha Mengetahui.Cinta kepada Allah tidak akan kecewa.
Author: =)
•8:40 PM
     Hari yg agak busy.Tapi saya suka.Terasa masa saya sangat berharga.Selepas habis class pukul 3.20 petang terus buat pula discussion.Azam baru.Harap-harap nanti kalau ada pop kuiz saya sudah sedia mental dan fizikal.Tamat discussion terus laju mengatur langkah pulang ke mahallah.Hati berbunga riang.Rasa gembira sebab rasanya saya sudah mula yakin dengan course yg saya pilih.Semoga saya berjaya menggenggam segulung ijazah.Insya-Allah.

    Selepas mandi,terus on lap top.Tengok nota yg kawan saya attached di e-mail.Sambil-sambil itu blog walking.Saja rehat-rehatkan minda setelah penat menelaah buku.Lagu-lagu favourite saya setia menjadi peneman.Asyik sungguh sehingga kawan compartment sebelah tegur pun tak sedar.Tiba-tiba terasa angin sejuk menyapa pipi saya.Langsir di tingkap pun mengalum lembut di tiup angin.Sesekali ia terangkat nampak pemandangan luar.Pemandangan UIA yg memukau mata.

"La......hujan ke?tak perasan pun",getus hati saya

Alhamdulillah,lama tak tengok hujan lebat macam itu.Guruh juga berdentum dentam.Entah bila sang hujan turun pun saya tak sedar.Asyik sangat la katakan.

    Pemandangan hujan di luar menarik perhatian saya.Langsir di tingkap semakin beralun laju di tiup sang angin.Sesekali terangkat tinggi sambil mendedahkan keseluruhan pemandangan taman ilmu dan budi.Jalan raya lengang tanpa kenderaan mahupun pelajar-pelajar yg pulang dari class.Saya menyandar di kerusi sambil menikmati kesejukkan angin dari luar.Lembut menampar-nampar pipi saya.Tangan pula memeluk tubuh untuk penebat dari kedinginan yg mencengkam.Senyum terukir di bibir.Mengimbau kenangan lalu.

    Saya menarik nafas dalam-dalam menyedut sebanyak mungkin oksigen.Kemudian di lepaskan perlahan-lahan.Segar.Alhamdulillah saya masih lagi bernafas.Hari ini saya telah pelajar sesuatu.Sesuatu yg memberi semangat baru untuk terus melangkah ke hadapan.Biarlah masa silam menjadi lipatan sejarah dalam kamus hidup.Biarlah ia menjadi kisah peribadi.Kehidupan ini perlu di teruskan.

   Walaupun kadangkala tersungkur,cuba bangun.Jika tiada tangan lain yg membantu,gunakan keseluruhan tenaga.Pandanglah masa hadapan.Kuatkan azam!.Percaya kemampuan diri!Jika kita terluka waktu tersungkur,abaikan ia, teruslah bangun memburu masa hadapan.Lambat laun luka yg bedarah itu akan pulih dengan sendiri.Malah parut yg di tinggalkan tidak akan meninggalkan kesan perit jika kita berjaya memburu masa hadapan itu.Seolah-olah luka itu menjadi bukti kukuh perjuangan yg getir.Perjuangan yg tidak kenal erti putus asa.Hanya kemanisan yg dirasai.

Saya ingin memegang motto sekolah rendah saya,"Belajar Terus Belajar".Ya hidup mesti terus menuntut ilmu.
Author: =)
•8:01 AM
Sebulan saya bercuti semester.Sesetengah pelajar mungkin rasa itu adalah tempoh yg singkat.

"Tak puas cuti....."
"Kejap je cuti,tak sempat nak jalan -jalan"
"Bila nak cuti lagi ae,malas la nak pergi class"

Mungkin ada yg berkata begitu.Lagi-lagi sewaktu kawan-kawan di universiti lain bermula cuti,kita di sini bermula semester baru.Tidak berpeluang untuk enjoy bersama mereka.

Tapi bagi saya,tempoh satu bulan itu adalah lama.Jika selama di campus saya busy ke class,assignment,join program itu,ini tak pun paling kurang akan juga berusaha create activity.Badan sudah biasa ke sana ke mari.Bila cuti pula tiba sebaliknya berlaku.Paling sibuk pun hanya mengemas rumah,mop lantai,memasak,ampai baju dan selebihnya TV,internet.Pernah jugalah membelek buku-buku,hingga khatam beberapa.Namun,rasanya lain.Semangat belajar itu kurang,Tiada umph!!!!!

Tapi perkara yg paling susah sewaktu cuti adalah menjaga hati dan iman.Rasanya iman ni semakin berkurang.Nak bangun qiyam pun jenuh mak mengejut.Alih-alih saya qiyam dengan bantal.Hanya mak denagn abah sahaja yg still mantain.Baca al-Quran pun helaian makin kurang berbanding di campus.Busy macamana pun surat cinta Allah semakin berkobar-kobar nak baca.Usrah memang tiada.Maka tengoklah Tanyalah Ustaz TV9,Halaqah,dan Al-Kuliyyah.Itupun kadang-kadang boleh terlepas tak pun TV yg menonton saya.Lain rasanya dengan hanya menonton berbanding perbincangan dalam usrah.

Dan saya perasan,hati ini makin berat untuk melakukan kebaikkan.Berat sangat............

Tetapi ada seperkara yg mengganggu fikiran saya.Semakin banyak saya membaca artikal-artikal dakwah,perjuangan semakin kecil diri saya.Mampu ke saya?nak belajar pun masih terkial-kial ini lagi memegang amanah besar walaupun saya tahu itu tanggungjawab setiap individu.Apakah pilihan terbaik yg perlu saya buat?Teruskan atau berhenti atau jadi biasa-biasa sahaja.Setiap hari persoalan ini berputar dalam fikiran saya.Study is our piority but...........entahlah???????

Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri.I never say anything about perjungan.I never read book about dakwah.I never ask anyone about that.I just keep silent and silent.

Permulaan semester tidak lagi busy dengan class.Hanya busy add subject.Boring tak terkata.Tiba-tiba sahabat saya memberikan saya bahan bacaan.VERSUS by HLOVATE.Itu adalah buku idaman saya by my favourite writer.Pantas saya menyambar dan terus membaca.Setiap masa saya membacanya.

Butir demi butir perkataan saya hadam.Tidak mahu satu pun tertiggal.Semakin jauh saya meninggalkan setiap helaian semakin berdebar hati saya.Seolah-olah persoalan saya ada jawapannya di situ.Tiba-tiba jantung saya seperti di sentap.ZUP!!!!!!!!.......I can't continue my reading.I closed the novel.Badan disandar pada kerusi sambil pandangan saya dilontarkan ke luar tingkap.Kosong sahaja pandangan itu.Sesekali tangan saya meraup muka.Persoalan itu berlegar di fikiran.What i'm doing?What I suppose to do?I want to be what?

Perasaan ini membungkam jiwa saya.Mata seperti berair."Bukan mudah untuk menjadi "baik"".Baik itu definisinya apa?Bukannya hanya menutup aurat,sembahyang tak tinggal dan baca Al-Quran.Ia lagi mendalam maksudnya.

Masuklah ke dalam Islam keseluruhnya.Al-Baqarah208.Actually,so many thing I need to cover.Ilmu perlu di cari dan ilmu agama itu hanya diletakkan pada para ustaz dan ustazah.Dan tidak semestinya student yg tak ambil course agama tak boleh bagi tazkirah,memahami tafsir dah hadith.

I find the strength to continue my reading.Setiap butir tulisannya mengetuk hati ini.Saya perlu jadi "baik" yg sepatutnya.Entah mengapa tiba-tiba terfikir.Berhenti,terus atau biasa-biasa?

Adakah Allah tengah menegur saya.Semenjak kaki mendaftar sem baru.Tidur saya kurang lena.Setiap pukul 3.30pagi pasti saya akan terjaga dalam keadaan yg segar.Padahal alarm tidak dikunci pada waktu itu.Walaupun lena saya di teruskan tanpa qiyam.pasti saya akan terbangun semula jam 4 pagi.Dan pasti saya akan terus terjaga setiap 30-45 minit.Kenapa?Allah tengah menegur saya ke?

Tadi sewaktu Subuh saya mendengar alunan bacaan Al-Quran dari masjid.Hati saya sayu.Jiwa saya bergetar.Mata saya berair.I don't know.Saya rasa seperti tersangat rindu.Rindu itu tak mampu di tafsirkan dengan kata-kata.Saya rindu.Tapi apa yg saya rindui?seolah -olah ada ruang kosong yg belum di penuhi dalam hati ini.Apakah itu?.Selepas solat Subuh saya berteleku di sejadah.I need something.But what is something?What?.Saya melepaskan nafas yg terasa berat sangat.

Sudah lama saya memikirkan persoalan ini.Jika sem lepas saya menunggang motosikal ke class yg jauh untuk menjimatkan masa.Tapi kali ini saya sendiri mengambil keputusan untuk berjalan.Malah saya memilih jalan yg jauh.Jauh dari biasa.Saya mengira setiap langkah yg di atur.Dan setiap langkah itulah saya berfikir.Jika bukan masalah class,subject,course persoalan itu yg muncul.Saya jadi letih.Seolah-olah saya ingin pergi jauh.Tapi ke mana?.Saya terus berjalan hingga keletihan ini membuatkan saya akan tidur lena.Tetapi masih tidak juga.

What I'm to be?
You choose by yourself
People failed to plan was planned to fail.
Author: =)
•1:01 AM
Mr.Fergus Bernand.Itulah guru Bahasa Inggeris saya ketika Tingkatan 4.Beliau berasal daripada London(tak silap).Tujuannya ke Malaysia adalah untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah berasrama penuh seperti yg dikehendaki pihak kementrian.Kononnya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar akan lebih mantap kerana ada guru yg pure Mat Saleh yg ajar dengan pendekatan yg berbeza.

Saya akui,minat saya dalam matapelajaran English semakin bertambah serta yakin untuk bertutur menggunakannya sebab setiap hari ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik.Berlakon itu,ini,berbual,bercerita melalui gambar dan yg paling best, class saya masuk coral speaking untuk Program Nadwah Kepemimpinan Pelajar peringkat SBP.Memang tak pernah bosan.

Beliau juga seorang yg kelakar dan suka mempelajari budaya Melayu.Teringat saya bagaimana dia bercerita the spicy of nasi lemak.Merah padam muka beliau menikmatinya "but it is delicious!!",katanya.Beliau juga seorang yg suka bersenam kerana beliau adalah satu-satu guru yg mengayuh basikal ke sekolah(mybe basikal je dia mampu beli kot).

Tapi saya bukan nak cerita pasal Mr.Fergus.Saya nak cerita apa yg saya pelajari.

Hari tu sama seperti biasa.Cikgu bersilih ganti ke kelas mengajar matapelajaran masing-masing.Akhirnya,tiba untuk subject English.Pembelajaran hari itu berkisar berkenaan Tense.So, its included about present,past and future tense.

"Tense is very important.Present tense is about bla..bla...bla....",beliau memberi penerangan sambil menulis nota dan contoh bagi setiap tense di papan kenyataan.

Tapi yg paling saya ingat ialah moment ketika part present tense.

"Present tense is something that still happen.It not yet past.Example is........",sambil tangannya menulis ayat present tense sebagai contoh.

We are going to church.Itulah ayatnya.

"Ok class.....now read after me...WE ARE GOING TO CHURCH",ujarnya sambil pembaris di tangan tunjuk satu persatu pada perkataan tersebut.

Kami pun mengikut arahan beliau,

"WE ARE GOING TOooooooooooo.....",kami teragak agak untuk meneruskan,kemudian ayat pun disambung serentak dengan suara yg agak berbalam-balam "MOSQUE!!"

Kami saling berpandangan kerana tidak menyangka mempunyai idea yg sama.

"We are going to what???",tanya Mr.Fergus ingin kepastian sambil tangannya di letakkan ke belakang telinga gaya seorang yg ingin mendengar dengan lebih jelas.

"MOSQUE",jawab kami serentak.

"Oh,Ok",Mr.Fergus membalasnya dengan senyuman tanda menghormati kemahuan kami.Barangkali memahami perbezaan agama beliau,Kristian dan kami,Islam.

Di sini saya telah mempelajari sesuatu.Apakah yg membawa hati kami bersatu untuk tidak menyebut church malah mempunyai kesepakatan untuk menukarkan ia kepada mosque?,kami tidak berjanji seperti "Wei nanti jangan sebut church tau,sebut mosque".Keadaan itu berlaku secara spontan.

Neuron-neuron di dalam otak bergerak amat pantas.Ia telah mentafsir bahawa maklumat pergi ke church,kebiasannya untuk beribadat itu salah.Dalam erti lain, tiada dalam kamus hidup seorang Muslim.Lalu perlu dibetulkan.Maklumat baru muncul  dan menghantarknnya terus kepada mulut untuk proses pentafsiran yg baru.Namun ia pasti ada kaitannya dengan hati ataupun lebih tepat akidah.

Kami telah di didik sebagai seorang muslim.Apa yg halal dan apa yg haram.Kami juga tahu apa yg di bolehkan dan apa yg dilarang.Contoh seperti tadi, tempat ibadat kita adalah masjid.Bila menyebut church kita automatik tahu itu bukan tempat ibadat kita.Seakan pelik.Terbayang tanda salib,paderi dan bentuk bangunannya.Its not our place.Hati tak terima maka otak pun tidak mahu juga.

However,it showed that, selama ini kami mempraktikan apa yg dipelajari.Akidah kami tak mudah goyah.Insya Allah.Walaupun its look simple,but it will prove that we are never follow the wrong way.Islam agama yg benar.

Ya Allah.wahai tuhan yg membolak -balikkah hati kami,kekalkanlah kami dalam kebenaran agamaMU.Aminnnn
Author: =)
•12:15 AM
Pada suatu pagi,seorang datuk sedang mengajar cucunya,Ali yg baru belajar di tadika..

Datuk: N is for nut.Nut tu maknanya kacang.
Ali:      Bukanlah tuk....
Datuk: Betul lah,nut tu in english.
Ali:      Bukan.....cikgu ajar lain lain.
Datuk: Ok.Kalau bukan nut apa kacang dalam bahasa Inggeris?
Ali:      Bean!!!!!!(dengan bangga)

Datuk tersebut terdiam.Bijak juga cucunya itu.
Author: =)
•1:21 AM
   Kereta Wira Special Edition itu menderu laju membelah kepekatan malam lebuhraya Utara-Selatan.Meter had laju yg terletak di dashboard tidak dihiraukan si pemandu.Tanggannya kemas memegang stereng.Kakinya pula setia menekan pedal minyak.Lagu Satu Perjuangan dendangan Brothers menjadi teman setianya.

Satu perjuangan........
Satu arah tujuan .........
kita melangkah seiringan
Satu perjuangan

Yeah!!!! itulah satu perjuangan yg mengeratkan hubungan Husna bersama sahabat karibnya,Maryam.Mereka bertemu di program ta'lim sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa.Bermula detik itulah hubungan mereka semakin rapat.Tambahan pula Maryam  yg aktif berpersatuan seringkali mengajak Husna menghadiri pelbagai majlis ilmu.Ajakan Maryam seperti orang mengantuk di sorong bantal bagi Husna.Dia yg selama ini sering tercari-cari haluan hidup akhirnya menemui jalan penyelesaian.Jika dulu hidupnya penuh dengan dunia,kini dia berasa tenang.Hatinya sentiasa dibasahi dengan tazkirah manakala keimanannya sering dibajai dengan ketaqwaan pada yg Maha Esa.

**********************************************************************************
"Hidup ini umpama seorang pengembara yg duduk berehat di bawah pohon.Sepanjang waktu itulah bekalan perlu di kumpulkan.......",kata-kata Maryam menyentuh sanubari Husna.

"Bekalan??bekalan untuk apa?kalau dah berehat tidur jelah.......",balas Husna dengan selamba..

"Bekalan akhirat......",balas Maryam ringkas.Tapi kata-kata itulah yg membuatkan Husna berfikir.

   Semenjak itu,pantang sahaja ada majlis ilmu,pasti hatinya meronta-ronta untuk menghadirinya.Dia umpama pengembara yg begitu dahagakan ilmu.Sesibuk mana pun,waktu untuk ke majlis-majlis sebegitu pasti diperuntukkannya.Husna yakin bahawa setiap detik untuk Allah pasti akan dibalas Nya.Hasilnya telah terbukti.Walau Husna sibuk ke sana ke mari,keputusannya tidak pernah mendukacitakan.Dean's list sentiasa.Maka tidak hairanlah dia kini bergelar Manager di sebuah syarikat gergasi Malaysia yg terletak di Kerteh,Terengganu.

   Kedatangannya ke Johor adalah untuk menghadiri majlis perkahwinnya Maryam.Walaupun mereka di pisahkan beribu-ribu batu,seorang di timur, dan seorang di selatan itu tidak menjadi penghalang rantaian ukhwah mereka.Maryam kini bergelar pensyarah Pengajian Islam di Universiti Teknologi Malaysia yg terletak di Skudai dan bakal meneruskan pengajian Ph.D bersama bakal suaminya di Damsyik,Syria.

"Hai.....maryam nampaknya jodoh kamu datang dulu",Husna bermonolog sendiri.

*********************************************************************************
10.00p.m
Tangkak

   Ini bermakna lagi 2 jam perjalannya.Setelah merentas beribu-ribu kilometer dari Terengganu,akhirnya Husna semakin hampir untuk bertemu Maryam.Rindu di hati tak mampu di bendung lagi.Kali terakhir mereka bertemu adalah 3 tahun lepas iaitu ketika majlis konvokesyen.Selepas itu masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

   Husna sentiasa di hujani projek -projek dari dalam dan luar negara.Tuntutan kerja juga sering membawa dia merentasi pelbagai benua.Maryam pula selepas konvokesyen sibuk menyiapkan tesis di samping giat menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk memerangi gejala sosial yg semakin membarah jika di biarkan.

   Hanya facebook,YM,blog,dan SMS menjadi tali penghubung.Itupun perbincangan mereka banyak berkisarkan isu-isu semasa.akidah dan keimanan demi mencari keredhaan Ilahi.Sesungguhnya ukhwah yg terbina kerana Allah mempunyai kemanisan yg tidak dapat di nilai.

***********************************************************************************
"Room no 343 ya cik.Terima kasih."

   Dengan senyuman, Husna mengambil kunci dari counter receptionist selepas check in di hotel.Dia akan bermalam semalaman sebelum menghadiri majlis akad nikah Maryam keesokan harinya.

   Husna melontarkan pandangannya jauh ke luar tingkap.Cantik sekali.Pemandangan hotel dari tingkat 15 memperlihatkan Johor Bahru bermandikan cahaya lampu.Di situlah terdapatnya sebuah kehidupan yg berkembang.Semua manusia akan melalui pusingan itu,dari kanak-kanak,remaja,dewasa,.berkahwin,dapat anak,cucu, dan akhirnya usia emas.Dirinya juga tidak terlepas.Agaknya sudah masa untuk dia memikirkan soal peribadi.Ibu di kampung juga dah jenuh bertanya.

"Sabarlah ibu.Insya Allah jodoh pasti tiba.Lepas Maryam saya pula..........",Husna berkata sendiri sambil menyedapkan hatinya.

Malam semakin pekat.Kelesuannya memandu juga semakin memuncak.Selepas membersihkan diri Husna terus lena di buai mimpi.

Amin....
semua tetamu mengaminkan doa tanda kesyukuran

Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah.Dengan hanya sekali lafaz kini Maryam bergelar seorang isteri.Husna yg duduk di sebelahnya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.

"Selamat pengantin baru sahabatku",Husna menguntumkan senyuman sambil tangannya merangkul tubuh Maryam yg anggun berbusana putih.Tidak semena-mena air matanya mengalir.Husna tidak tahu apakah perasaannya ketika itu.Gembira,sedih,terharu.Semunya bercmpur-baur.Pandangan mereka bertentangan.Husna merenung jauh ke dalam anak mata Maryam.Seolah-olah ketika itu, mata yg mereka berbicara.Mungkin Maryam juga mempunyai perasaan yg sama.Hanya masing-masing mengerti.

Cincin disarung ke jari manis dan satu kucupan di dahi singgah di dahi Maryam.Tanda dirinya kini sudah halal bagi insan yg bergelar suami.Tanggungjawabnya semakin bertambah.

Hadirin yg menyaksikan ternyata begitu gembira.Kedua ibu bapa mempelai tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.Kini dua jiwa yg dahulunya asing telah disatukan.Bermulalah penghijrahan baru.Terbina lagi satu baitul muslim yg bakal melahirkan generasi-generasi terbilang.

6.00p.m
Seremban

Selepas menghadiri majlis perkahwinan Maryam,Husna terus bertolak pulang ke Terengganu kerana keesokkannya dia ada janji temu bersama client.Kalau di ikutkan hati mahu juga dia bercuti di sekitar Johor sambil merehatkan fikiran.Tetapi tuntutan kerja memerlukan kepakarannya.Husna sendirian memandu.

"Maryam,nanti saya mesti tak boleh lagi jalan-jalan berdua  dengan awak kan.Macam zaman kita belajar dulu.Rasanya setiap ceruk tempat kita dah jelajah",Husna mengingatkan kenangan lalu kepada Maryam sebelum majlis akad nikah.

"Siapa cakap.jika suami saya izinkan mesti boleh.Ha'ah...dah lama kita tak spent masa sama-sama.Awak tu yg busy sangat.Kejap negara Jepun la,Qatar la,China la......tak pernah pun ajak",balas Maryam

"E'eh..saya yg pula yg salah.Lagipun company yg support.Kalau harta saya tu bergunung-gunung mesti saya ajak awak dah.Bukan awak je tau,sedara-mara awak semua saya ajak.Cakap,ceruk mana awak nak jelajah saya pergi",balas Husna tak ingin mengalah.

"Ya lah tu.By the way how ur life?usrah?iman?hati?",sempat lagi Maryam berbicara.

"Alhamdulillah,saya masih lagi join usrah.walaupun agak busy,tapi naqibah saya tetap sabar.Lagipun peluang saya menjelajah ke pelbagai benua,mengajar saya untuk toleransi,sabar.Paling penting saya kena tunjukkan keindahan Islam.Tak semestinya wanita yg bertudung tak mampu menjadi hebat.Cabaran untuk mempraktikkan ibadah dalam zon masa yg berbeza juga pengalaman yg sangat berharga",jawab Husna panjang lebar.

'Seronokkan...untung awak.No matter u need dakwah.I'm happy with u.Husna......walaupun saya nanti dah ada suami,saya tetap Maryam yg dulu.Suka bercerita,suka berkongsi.Ukhwah kita kekal sampai ke syurga.Ingat,kita ada satu matlamat perjuangan yg sama.Bumi UIA telah mentarbiyah kita.Di situ kita membina diri kita.Di situ kita hadapi susah senang.Di situlah jugalah kita bersama-sama kenal apa itu kemanisan iman.Kongsikan apa yg kita dapat kepada masyarakat.Walau banyak cabaran kita kena tempuhi.Kita nak syurgakan?Walaupun lepas ni mybe kita susah nak jumpa,saya nak belajar ke Syria awak busy,ingat saya dalam doa awak.Saya sayang awak kerana Allah.Ingat segala kenangan kita ya.....",nasihat Maryam buat Husna.

"Saya usaha.Saya pun sayang awak kerana Allah.Semoga kita terus tegar dalam perjuangan kita.Semoga dengan perkahwinan ini awak semakin giat berjuang dan dapat anak comel-comel tau",balas Husna berseloroh.

Husna tersenyum mengingati perbualannya dengan Maryam.Sempat lagi mereka berbicara dalam bilik pengantin sebelum majlis akad nikah.Sesungguhnya dia bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan Maryam.Banyak yg dipelajari.Doanya semoga ukhwah ini terus terjalin walaupun tanpa bersua muka.Sesungguhnya tautan iman kepada Yang Maha Esa telah mengikat hati-hati mereka.

Husna trus menumpukan pemanduan.Kereta terus meluncur laju  seperti semangatnya yg berkobar-kobar untuk Islam.Pertemuannya dengan Maryam umpama satu suntikan semangat.Tidak lupa dia berharap agar di temukan jodoh.Dia juga ingin menjadi sayap kiri suami seperti Siti Khadijah.
Author: =)
•12:44 AM
Tom mengintip Jerry mencuri keju.
Jerry terkejut melihat kelibat Tom.
Tanpa berfikir panjang Jerry terus mengambil langkah seribu.
Jerry berlari sekuat hati,berlari dan berlari.
Tom di belakang terus mengejar dengan pantasnya.
Jerry memandang belakang dan Tom semakin hampir dengan taring yg tajam.
Tangan Tom sedia menerkam,1....2..........

Tap!!!!!!!

"Alamak...........black out!!!ish......tengah syok tengok Tom and Jerry ni",nada kehampaan.

"Mak..black out la.camane?",tanya saya pada mak yg sedang menjahit.

"Nak buat macamane.Bukan rumah kite sorang je ni.TNB tengah betulkan tiang elektrik kot",balas mak dengan selamba sambil meneruskan jahitannya.

Kepala saya terus ligat berfikir nak buat apa.Rak buku mencuri perhatian.Otak terus menghantarkan neuron-neuron supaya tubuh bertindak dan buku di rak terus dicapai.Akhirnya,waktu petang itu di isi dengan aktiviti pembacaan sambil ditemani bunyi mesin jahit emak.

Dari pukul 5.00 petang, jam berginjak hingga pukul 6.30 petang.Matahari hampir terbenam di ufuk barat.Malam hampir menjelma dan waktu semakin gelap di tambah awan mendung di dada langit,tanda hujan akan turun.

 "Mak dah nak gelap...tak de elektrik pun",rungut saya.

"Habis nak mak buat ape?lagi dulu, mak kecik-kecik tak de elektrik.Ok je",jawab mak tetap selamba sambil mengambil tuala bersiap-siap untuk mandi.

"Pergi ambil lilin kat laci tu.Nanti dah malam tak nampak",arahan abah pada saya yg entah bila tiba-tiba terjengul di muka pintu.

Segera saya ambil lilin dan nyalakan sebelum hari semakin gelap.Satu letak di ruang tamu,satu di bilik emak, dan satu untuk saya.Kemudian,abah yg siap berpakaian kemas pula terus ke masjid.Tinggal saya dan emak di rumah.Azan Magrib berkumandang tidak lama selepas itu.

***********************************************************************************
"Assalammualaikum w.r.t", kepala di toleh ke kanan dan kemudian ke kiri.

Saya dan emak baru sahaja selesai solat Maghrib.Selepas berdoa saya terus capai Al-Quran.Dalam kegelapan saya mengaji di bawah sinaran cahaya lilin.Begitu juga dengan emak.Namun,saya agak kurang selesa kerana pencahayaan yg kurang baik di samping wujud bayangan dari batang lilin sekaligus menyukarkan saya untuk fokus dalam pembacaan.Saya hanya mampu menghabiskan dua muka surat Al-Quran sahaja kerana kepala mula berdenyut-denyut akibat ketidakselesaan untuk membaca dalam kesamaran cahaya.Emak di sebelah tetap selamba seperti tiada yg mengganggu.

"Emak hafal barangkali", getus saya dalam hati.

"Mak gelaplah....nak buat apa?Tadi petang boleh la baca buku,ni dah malam baca tak seronok",saya yg seperti cacing kepanasan mengadu pada mak.Kerana kebiasaannya selepas mengaji saya akan menonton berita.Tapi kali ini mana boleh tanpa bekalan elektrik.

"Zikir kan bagus...",tegur emak.

Jawapan mak membuatkan saya terdiam.Kenapa saya tak terfikir dari tadi?.Kerana keasyikan untuk mencipta aktiviti,saya terlupa yg black out ini adalah nik'mat Allah juga.Jika selama ini jarang lidah basah dengan zikir,inilah waktunya.Kita kena bersyukur dengan setiap apa yg terjadi.

Tiba-tiba saya teringat saudara kita di Palastin.Dulu sewaktu usrah dalam sesi akhbar Islami, saya pernah berkongsikan cerita tentang kejayaan 6 orang kanak -kanak Palastin yg berjaya menjadi pelajar terbaik di Gaza dalam bidang Sains dan Sastera.Pada kita mungkin perkara biasa,tapi yg patut kita kagumkan mereka berjaya dalam kepayahan.Mereka menimba ilmu bertemankan cahaya lilin kerana rejim Zionis memutuskan bekalan elektrik.Bukannya semalam dua,tapi setiap hari.Hebatnya mereka.Sedangkan saya?baru beberapa jam black out sudah kebingungan.Dalam kelengkapan bekalan elektrik pun tidak pernah saya menjadi pelajar terbaik di Malaysia.Hurm......muhasabah diri.

Lagi.....saya teringat yg zaman mak saya dahulu pun masih belum menerima bekalan elektrik.Bukan rumah mak saya sahaja tapi seluruh kampung.Mak saya dan rakan-rakannya belajar dalam kesamaran.Tapi mereka tidak pun rabun macam zaman sekarang.Kecil-kecil lagi dah memakai cermin mata.Padahal orang cakap tak elok belajar dalam gelap-gelap,nanti cepat rabun.Mungkin zaman sekarang ni banyak faktor TV dan komputer rasanya.Walauapapun orang zaman dulu boleh sahaja survive tanpa bekalan elektrik.Tidak ada pun yg mati kepanasan kerana tiada kipas angin ataupun air-cond.Tidak ada pun yg mati tercekik sebab tak ada blander.Malah makanan sentiasa cukup walau tanpa peti ais untuk menyimpan makanan sejuk beku..Iron baju pun cantik juga guna iron arang.

Zaman moden,manusia terlalu manja.Tidak merasai nik'mat hidup dalam kepayahan.Sesekali black out ini mngingatkan saya pada nik'mat Allah.Sesekali kena merendahkan martabat diri supaya tidak alpa dan merasai kesusahan orang yg kurang berkemampuan.Terima kasih Ya Allah.

Pahit manis

10:03 AM / / comments (0)

Labels: ,

Nafas baru

8:40 PM / / comments (2)

Labels:

Perasaan itu dan ini

8:01 AM / / comments (0)

C or M

1:01 AM / / comments (2)

Kacang

12:15 AM / / comments (2)

Pada suatu pagi,seorang datuk sedang mengajar cucunya,Ali yg baru belajar di tadika..

Datuk: N is for nut.Nut tu maknanya kacang.
Ali:      Bukanlah tuk....
Datuk: Betul lah,nut tu in english.
Ali:      Bukan.....cikgu ajar lain lain.
Datuk: Ok.Kalau bukan nut apa kacang dalam bahasa Inggeris?
Ali:      Bean!!!!!!(dengan bangga)

Datuk tersebut terdiam.Bijak juga cucunya itu.

Labels:

Sahabat

1:21 AM / / comments (0)

Alamak......black out!!!!!!

12:44 AM / / comments (2)