Author: =)
•12:37 AM
Pada suatu hari,Mak Siti  berbual-bual dengan cucunya,Irsyad yg baru berusia 4 tahun.Irsyad akan mengikut ibu dan bapanya pulang ke Kuala lumpur setelah menghabiskan masa hujung minggu di kampung bersama MakSiti yg tinggal keseorangan kerana kematian suaminya 2 tahun lepas.

Mak siti:  Irsyad dah nak balik KL ke?
Irsyad:     Ye lah nek.Irsyad nak ikut ibu.....
Mak Siti: Kesian nenek tinggal sorang-sorang.Nenek takutlah..........Irsyad temanlah nenek.Nanti nenek                        hilang macamane?Irsyad tak sedih.
Irsyad:     Nenek janganlah takut.Allah kan ada.......Dia mesti jaga nenek.

Perbualan tadi mungkin nampak ringkas.Tapi on my personal view,I think Irsyad telah di bagi pendidikan yg sangat baik.Dia tahu bahawa Allah itu wujud dan tempat manusia berserah serta memohon segala pertolongan.Kan bagus sekiranya anak-anak sedari kecil telah ditanamkan sifat tawhid kepada Allah.

Contoh lain ialah kisah Iman Hanbali.Ketika beliau sedang bermain-main bersama rakan-rakannya,datang seorang pemuda(tak ingat nama siapa).Pemuda itu memang selalu di geruni oleh kanak-kanak.Kanak-kanak yg sedang bermain  akan lari bertempiran umpama tikus melarikan diri dari di makan kucing apabila nampak kelibat pemuda itu.Tapi tidak bagi Imam Hanbali.Beliau seorang sahaja yg meneruskan permainan seperti tiada apa berlaku.Maka,pemuda itu mendekati Imam Hanbali lalu bertanya,

"mengapa engkau tidak lari seperti rakan-rakanmu wahai anak kecil?"

Imam Hanbali dengan beraninya menjawab pertanyaan pemuda tadi,

"Ibu ku telah mengajar aku bahawa hanya  Allah sahaja yg perlu ditakuti"

Imam Hanbali sejak kecil lagi telah banyak menimba ilmu dari ibunya sendiri.Ibunya telah berjaya menanamkan benih-benih tawhid dalam diri beliau.Namun,mengapa ibu bapa zaman kini mengambil ringan perkara-perkara sebegini.Contohnya,jika ingin menghalang anak-anak bermain jauh pasti ibu bapa akan menakut-nakutkan.

"Hei...jangan main kat situ nanti ada hantu keluar gigit,baru tau!!!!!!!!!!"

Akhirnya.mind set anak-anak ialah hantu untuk di takuti kerana rupanya yg buruk.Kemudian ada kuasa mistik yg boleh menghisap darah dan menyorokkan kanak-kanak.Patutkah?

Marilah kita melentur buluh biarlah dari rebungnya agar dapat mencontohi Iman Hanbali.
Author: =)
•11:37 PM
"Nak masak ape ye?"

TING!!!!!!

Idea pun menjengah tiba.Erm...dah lame tak masak ikan masak kicap.Teringin pula.Terbayang keenakannya sambil di makan bersama nasi yg panas.Dengan semangat berkobar-kobar, mulalah tangan ini melakukan kerja.Ikan di dalam peti sejuk di keluarkan untuk digoreng.Selepas tu ambil halia sikit bersama bawang putih, ditumbuk lumat.Bawang besar di layang halus.(macam class memasak pula).Kemudia panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan tadi.Letakkan juga bunga cengkih,kayu manis dan sedikit serbuk lada putih.

Ketang ketung dapur tu berbunyi.Bagaikan seorang chef yg hebat tengah menyediakan menu bertaraf 10 bintang.

"hurm...tu dia.....tumis hingga naik bau.Harumnya".Bau yg semerbak memenuhi ruang dapur.

Dengan keyakinan yg mantap botol kicap pun di ambil lalu menuangkannya ke dalam kuali.Biarkan sementara untuk pekat.Sambil tu bersihkan dapur agar nampak kemas.Tangan terus ligat membuat kerja.

Sambil tu mata menjengah ke dalam kuali.

"Aik,apasal lain macam je kicap ni.Kenape tak pekat-pekat?Erm..?",dalam kehairanan itu pun tangan mengambil segelas air untuk di tuang ke dalam kuali seperti kebiasaan.Tujuannya untuk mengurangkan sedikit kepekatan dan kemasinan kicap.Tanpa mengendahkan kehairanan tadi,air pun dituang.

?????
"Apasal lain macam je kicap aku ni.Tadi tak pekat.Ni warna dia pun tak hitam macam selalu.Ditambah air semakin cair",kehairanan berganda.

Botol kicap pun diambil untuk mencari puncanya.Adakah sudah expired?

Sebelum berkata apa-apa.Ketawa telah meledak terlebih dahulu.Macam nak terburai perut.=)99x

"Aku pikir kicap...tapi rupanya SARSI!!!!!!!!!!"

Tak tahu nak letak muka dekat mana.Nasib baik waktu tu keseorangan di rumah.Parents pergi keluar sekejap.Kalau family tahu ni pasti jadi berita sensasi.Maklumlah chef terhebat tak sempat tengok label.Lagipun tempat sarsi dan kicap tu sama.Nak kata baru masuk dapur,tidak pula, dah berkali-kali masak.Nak jadi ceritalah katakan.=)Tak pasal-pasal kena masak lagi sekali.

Pengajarannya,jangan over confident!!!!!Buatlah kerja dengan pantas dengan cekap.

Tapi,ada satu perumpamaan yg terlintas di kepala

"rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Erm.....samalah tu rasanye,"warna sama hitam tapi rasa lain -lain".Rasa kicap tak sama dengan sarsi.

Author: =)
•10:20 PM
Kenapa engkau suka menghukum kami tanpa usul periksa 
Engkau tak tahu ape yg kami rasa
Engkau hanya mampu melihat dan berkata
Tapi engkau tak berada di kedudukan kami,
bertahun-tahun kami berhadapan dengan dugaan ini
Bukan sehari dua
Bukan sebulan dua
Tapi bertahun-tahun
Dari aku kecil hingga dewasa
Dari zaman kakak ku belajar hingga semuanya bekerja
Dari ayahku berambut hitam kini penuh beruban
Dan masa terus berjalan
Dugaan tetap kunjung tiba seperti tidak kelihatan noktahnya
Semakin hebat
Malah lagi hebat dari letusan Merapi
Lagi hebat dari Tsunami
Namun,
Kami sedar Ya Allah..........
Kami hanya hamba
Semua berlaku dengan keizinan Mu
Kerana kami sedar kami hamba
Dugaan ini semakin menguatkan ikatan kekeluargaan kami
Walaupun adakalanya hampir goyah
Kami tetap tabah menghadapinya
Malah kami semakin yakin dengan kekuasaan Mu
Tanpa sedikit keraguan pun
Kami bersujud padamu di keheningan malam
Di kala sekalian manusia lena di buai mimpi
Kami merintih dalam sujud kami 
Kami menadah tangan memohon padaMu
Kami tahu dugaan yg tiba sesuai dengan kemampuan kami
Engkau tak kan menduga di luar kemampuan kami Ya Allah
Malah keyakinan kami makin utuh
Apabila mengerti
Mana mungkin orang itu beriman jika dia tidak di uji
Ya Allah,
Berilah kami kekuatan,
Hanya doa yg mampu kutitipkan

Mulut manusia memang tidak boleh ditutup
Mereka bebas berkata-kata
Biarlah jika itu hobi mereka
Aku tak mampu menghalang
Tapi mana bisa hati ini tenteram
Jika engkau wahai manusia!
Menikam kami dari belakang
seolah-olah buruk sangat kami di mata masyarakat
Seolah-olah kami ini duri dalam daging
Busuknya hati engkau
Tega engkau berkata begitu
Sedangkan dulu ketika engkau kesusahan
Engkau merayu-rayu meminta bantuan kami
Sanggup ketika pekat malam engkau mengetuk rumah kami
Kami tak kisah
Malah bantuan di hulur tanpa di kira
Tapi,
Inikah balasan yg sepatutnya kami terima
Inikah balasanya!
kami berikan madu engkau balasnya dengan racun
Sanggup engkau!
Kerana dunia engkau membelakangkan kami
Kerana buruk sangka,engkau menghukum kami
Manusia jenis apakah engkau ini manusia!

Tak mengapa,
kalau itu membuatkan kau puas
Teruskan
Mahkamah akhirat lagi mengerti
Namun,
Dalam kepahitan dan kepayahan menelah butir-butir pasir
Kami lapangkan dada
Kami tetap mendoakan engkau
agar hidayah menjengah sanubari mu
agar engkau nampak kebenaran yg hakiki
supaya semua kisah lalu hilang
umpama malam menjelma siang.
Author: =)
•12:45 AM
     Bulan Zulhijjah adalah bulan haji.Maka tidak hairanlan banyak program-program televisyen banyak memaparkan cerita jemaah haji.Malah ada yg dibuat secara lansung berlatar belakangkan Mina,kawasan khemah jemaah haji untuk melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah.Bumi Mina dan Arafah di selaputi warna putih tanda jutaan jemaah haji sedang berkumpul beribadat kepada Mu.

       Entah mengapa setiap kali melihat suasana itu,hati saya sebak hingga mengalirkan air mata.Seolah-olah saat itu juga saya ingin turut serta menjadi tetamu Allah.Rindunya untuk menjejaki Tanah Suci Makkah tak mampu dibentung.Mana mungkin perasaan ini mampu disembunyikan.Sesiapa sahaja yg telah menjejaki kaki ke sana pasti sahaja mempunyai perasaan yg sama.
       
   Walaupun di sana tiada pemandangan yg cantik seperti hamparan taman-taman bunga yg berwarna-warni,tasik yg terbentang luas,gunung yg menghijau dan bangunan-bangunan yg tinggi mencecah awan ia tetap memukau jiwa.Hamparan tanah gersang bersama gunung yg gondol dan angin panas yg berdebu membuatkan diri ini terkesima dengan kehebatan perjuangan para Anbiya'.Kaabah yg hanya dibaluti kelambu hitam pula pasti memukaukan mata si pemandang.Air mata tak semena-mena mengalir tanpa di pinta.

Ya Allah,
Angin rindu ini telah datang menyapaku
Ya Allah,
Rindunya aku untuk bertawaf di rumah Mu
Rindunya aku untuk menyentuh kelembutan kelambu Kaabah Mu
Rindunya aku untuk berjalan di Safa' dah Warwah
Rindunya aku beriktikaf di Masjidil haram
Rindunya.........

Ya Allah,
Haruman Raudah sungguh menusuk kalbu ku
Hamparan kehijauan Raudah mendamaikan jiwa ku
Rindunya aku untuk bersujud di Raudah Mu
Taman Syurga Mu,

Ya Allah,
Angin rindu ini datang lagi,
Tiada kata-kata yg dapat ku ungkapan
Hanya doa yg ku panjatkan
Izinkan aku Ya Allah
Izinkan aku Ya Allah
Izinkan aku menjadi tetamu Mu Ya Allah
Hamba merindui Mu...
Tersangat rindu...
Author: =)
•12:14 AM
    9.15p.m we are having great dinner at our home.Everyone enjoys the meals.Just me, my father and my mother.Everything suppose to be ok.However,no one can predict what will be happened after that.

      Mak yg duduk di sebelah saya,tiba-tiba senyap.Pandangannya seperti tak keruan.Nasi di pinggan hanya di lenyek-lenyek.

"Mak.....",saya menyapa mak

Mak menoleh ke arah saya sambil tersenyam.Tanda mak mengiakan sapaan saya.Namun,saya merasakan ada sesuatu yg tak kena.

"Mak.......",saya menyapanya kali kedua.

Dan mak membalas dengan reaksi yg sama.

"Mak,makanlah.Jangan  lenyek-lenyek je nasi tu.Kenapa mak?",tegur saya dengan harapan mak memberitahu jawapan andainya ada sesuatu yg tak kena.

    Namun,reaksinya tetap sama malah tangan kirinya menggenggam lenggan kanan saya.Sejuk.
Anak mata saya segera memandang abah yg sedang makan berhadapan dengan saya.Seolah-eloh saling mengerti apa yg harus dilakukan.Belum sempat saya berkata apa-apa.Abah telah memberikan arahan.

"Pergi cari air dalam botol yg ustaz kasi hari tu.Dekat dapur rasanya",kata abah dalam ketenangan.

Saya meluru ke dapur.Air dalam botol segera di ambil bersama sebiji gelas.Pantas menuang air ke dalamnya.

"Mak, minum air ni......",kata saya sambil menghuurkan gelas berisi air.
Tanpa membantah mak meminumnya hingga habis.

"Baca Al-Fatihah,banyakkan zikir ingat Allah",abah pula menyambung.

    Mak tetap tidak membantah.Lihat mulutnya kumat kamit berzikir.Saya yg disebelah mak turut baca bersama untuk memberi kekuatan sambil mengurut-ngurut tubuhnya.Tangan mak masih sejuk dan matanya juga masih tak keruan.Zikir di perbanyakkan.Lama-kelamaan mak kembali normal.Tangannya meneruskan suapan nasi dan memberikan senyuman kepada saya.

"Mak tak apa-apa",katanya.

Hanya kesyukuran yg saya panjatkan.

"Mak kenapa?ada nampak apa-apa ke?",tanyaku ingin kepastian.

"Entahlah,mak rasa macam kat awang-awangan,tapi tak de nampak apa-apa",jawapan yg memberikan sedikit kelegaan buat saya dan abah.

    Rupa-rupanya tadi emak berada dalam keadaan separa sedar.Mak nampak apa yg saya dah abah lakukan,namun mulutnya seolah-olah terkunci untuk berkata-kata.Badannya sejuk dirasakan seperti mahu menggigil walhal suasana ketika itu bukannya sejuk.Alhamdulillah,tahap kesedarannya kembali normal dalam masa yg singkat berbanding sebelum ini.

"Ya Allah, sesungguhnya setiap kesakitan ini adalah kehendak Engkau.Kami sebagai hamba redha menerimanya.Andainya ini adalah musibah dari kekhilafan kami, hamba mohon keampunan Mu Ya Allah,dan andainya ini adalah satu ujian untuk mendekatkan kami pada Mu,berilah kami kekuatan untuk menghadapinya.Sesungguhnya engkaulah yg Maha Berkuasa dan Maha Pengampun"
Author: =)
•12:27 AM
Setiap makanan yg di makan pasti akan melalui benerapa proses sebelum ianya keluar menjadi bahan buangan.Tahukah anda dengan melihat sistem penghadaman ini terdapat kebesaran Allah?

1)apabila makan di masukkan sahaja ke dalam mulut gigi telah menjalankan tugasan.Gigi hadapn menghiris dan memotong makanan.Gigi tepi pula iaitu biasanya gigi kancing akan mensiat-siatkan makanan supaya ia menjadi lebih halus.Seterusnya gigi geraham memainkan peranan untuk menghancurkan keseluruhan makanan dan bertukar menjadi partikal-partikal yg kecil.

2)Namun semunnya itu dilakukan atas bantuan air liur.Ia mengandungi ragi yg membantu menurunkan suhu panas  makanan jika ia panas dan melumpuhkan ketajaman sejuknya jika makanan dingin.Ia juga faktor utama yg menseimbangkan makanan yg pedas.Kemudian makanan yg telah sebati campurannya dan hancur  masuk ke dalam keronkong seterusnya perut dan berakhir pada usus.

3)Usus mempunyai dua pergerakkan yg kekal menjalankan tugasnya seperti siang dan malam.Pertama,gerakan percampuran makanan dengan pelbagai cairan usus dan enzim sehingga bersifat sempurna.Kedua,menyalurkan makanan yg dihadam kepada kawasan yg lebih luas untuk tujuan penyerapan yg diperlukan oleh tubuh.(usus besar)

    Uniknya,setiap makanan oleh manusia dari benda beku,keras,cair,liat,panas,sejuk,daging,sayuran,roti,buah buahan,minyak,lemak,bijiran,dimasak,mentah,semuannya dihadam dengan cara yg sama.Asid yg terdapat dalam perut untuk tujuan penghadaman mempunyai kadar yg sangat tepat.Jika berkurangan walau sedikit pun,makan tidak dapat dihadam.Sekiranya terlebih pula walau dalam kadar yg sedikit pun nescaya tubuh akan terbakar.Mahasuci pencipta yg sangat Agung.
Author: =)
•11:58 PM
         Imam Hanbali adalah Imam yg ke-4 selepas Imam Hanafi,Imam Maliki dan Imam Shafie.Beliau seorang yg amat mencintai ilmu.Ketika berumur 14 tahun beliau telah menghafal Al-Quran.Gelaran beliau adalah Al-Hakam kerana dapat menghafal lebih 700,000 hadis.Beliau juga seorang yg sangat kuat beribadat.Sehari beliau menunaikan sembahyang sunat sebanyak 300 rakaat dan mengkhatamkan al-Quran seminggu sekali.

      Oleh kerana beliau berpengetahuan tinggi,beliau telah menjadi guru di Masjid Jamek ,Kota Baghdad.Setiap majlis ilmu yg beliau anjurkan pasti mendapat sambutan yg hangat dari penduduk Baghdad.Jumlah mereka yg datang hendak mendengar kuliah beliau hingga membanjiri kawasan luar masjid.

   Pada suatu hari,seorang lelaki yg dikatakan pintar di Kota Baghdad,Abu Nawas sengaja datang menemui Imam Hanbali untuk menyatakan masalahnya.Ketika itu Imam Hanbali sedang membacakan hadis dalam kuliahnya di masjid.Tujuannya untuk menguji tahap kebijaksanaan Imam Hanbali yg sering menjadi sebutan orang ramai.Setelah ditanya oleh Imam Hanbali tentang masalah yg dihadapinya,Abu Nawas pun menjawab dengan lantang,

" aku mempunyai tiga perangai aneh, iaitu:
1)aku suka bersaksi dengan perkara yg tidak aku lihat
2)aku paling suka makan bangkai
3)aku selalu lari dari rahmat Tuhan"

Sebelum Imam hanbali menjawab beliau bertanya kepada abu Nawas,
"Sekiranya aku dapat menyelesaikan masalah kamu,katakan kamu tidak akan mengganggu kuliah aku lagi?"

"Aku berjanji",jawab Abu nawas."tetapi jika kamu tidak dapat menyelesaikannya maka kamu tidak layak mengajar orang ramai kerana ternyata aku lagi bijak daripada kamu".

"Baiklah Abu Nawas", kata Imam Hanbali.

Masalah yg dikemukan oleh Abu Nawas dijawab dengan penuh ketenangan.

"1) kamu suka bersaksi dengan perkara yg tidak kamu lihat bererti kamu suka mengucap dua kalimah syahadah iaitu naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah sedangkan kamu tidak pernah melihatnya.

2)kamu paling suka makan bangkai bermaksud kamu suka makan ikan kerana ikan itu tidak pernah disembelih.

3)kamu selalu lari dari rahmat Tuhan bermaksud hujan.Hujan itu adalah rahmat Allah.Apabila hujan turun kamu melarikan diri mencari tempat teduh".

   Ternyata jawapan yg diberikan semunnya benar dan tepat hingga mengejutkan Abu Nawas.Bijak sungguh Imam Hanbali.Sesungguhnya ilmu beliau memang tidak boleh dipertikaikan.
Author: =)
•11:31 PM
     Suasana begitu sunyi sekali.Hanya bunyi detikan jam dan pusingan kipas angin memecah kesunyian.Semua orang leka dengan tugasan masing-masing.Namun,berbeza dengan Aisyah.Dia  hanya bersandar di kerusi rehat sambil meriba laptop.Tenungannya tepat ke arah skrin tapi fikirannya kosong.Jiwanya diselubungi kesunyian.Jika di kampus waktu petang begini pasti dia akan menaiki motor menghirup udara.Dan pastinya Ain sahabatnya setia menjadi pembonceng.Walau tidak pun waktu petangnya sentiasa padat dengan aktiviti.Dia tersenyum sendiri mengingati telatah sahabat-sahabatnya.Ada saja bahan yg menjadi usikan.Ah!!!mereka pasti sedang bergembira bersama keluarga masing-masingLagikan sedang cuti semester.Getus hatinya.

      6.20 petang.Sebentar lagi matahari akan terbenam di ufuk barat.Malam pula menjelma.Inilah lumrah alam.Sentiasa setia mengikut percaturannya.Malam dan siang juga dicipta untuk membantu manusia menjalani kehidupan.Malam adalah waktu untuk tidur dan berehat setelah siang berhempas pulas mencari rezeki.

"Aisyah!!!!!!", Panggilan itu mematikan lamunannya.

"Ya ibu",dia membalasnya dengan lembut

"Tolong hantarkan tom yam ni ke rumah Nek Piah",ibunya bersuara dari dapur.
  
     Tanpa membantah Aisyah segera menyarung tudung.Tom yam yg sudah di bekalkan  ibu segera di ambil.Ibunya memang selalu melebihkan masakan untuk di beri kapada Nek Piah,jiran mereka.Lagipun Nek Piah tinggal berdua bersama suaminya.Kudratnya yg telah uzur kadangkala menghalang Nek Piah untuk memasak.Justeru tidak hairanlah ibunya rajin menghantar makanan sekaligus meringankan beban Nek Piah.Sesunggunya bersedekah kan satu amalan mulia.

     Aisyah menyusuri laluan ke rumah Nek Piah sambil berlagu riang.Dari jauh sudah kelihatan halaman Nek Piah yg bersih dikelilingi pokok-pokok bunga.Walaupun uzur,Nek piah sering menceriakan halaman rumahnya.Ditegah macamana pun dia tetap dengan aktivitinya.Barangkali itulah yg dapat menghiburkan hati di kala kesunyian.Anaknya pula jarang sekali menjenguk.Rasanya boleh di bilang dengan jari.

"Assalammualaikum....."

"Waalaikumsalam....Aisyah rupanya.Masuklah",senyuman Nek Piah menyambut kedatangan Aisyah.

"Nek, ni ada tom yam sikit.Ibu masakkan.Nanti nek makan ye",jelas aisyah sambil menghulurkan beg plastik yg mengandungi bekas berisi tom yam.

"Terima kasih Aisyah.Susah-susah aje ibu kamu.Nenek tak de apa nak dibalas",nadanya berbaur kekesalan.

"Sama-sama.Tak pe nek.Bukannya ibu mintak balasan.Lagipun ibu masak banyak.Nek makan ye.Aisyah nak balik dulu.Kejap lagi Magrib",tangannya dihulur untuk menyalami Nek Piah.

"Yelah,kirim salam pada ibu kamu.Aisyah belajar pandai-pandai ye.Nek akan selalu doakan",tubuh Aisyah yg genit itu dirangkul kemas.Seolah-olah melepaskan segala kerinduan yg terpendam di dada.

"Terima kasih nek.Aisah balik...", tangan dilambai sambil langkahnya diatur meninggal Nek Piah.Senyuman Nek Piah mengiringi perjalanannya.Jelas tergambar seribu kedutan di wajah  Nek Piah menandakan umurnya juga emakin lanjut.

    Tanpa disedari air matanya bertakung di kelopak mata Aisyah.Hatinya pilu mengenangkan nasib Mak Piah.Anaknya bukan kerja biasa-biasa di kota.Semuanya berkerjaya tinggi.Jurutera sahaja dua orang.Itu belum yg jadi arkitek,pensyarah dah ahli perniagaan.Gaji beribu-ribu.Tetapi rumah Nek Piah tak pernah berubah wajah.Masih lagi berdindingkan papan.Malah sebahagiannya ada yg di makan anai-anai.Atapnya pun masih berzink.Kesian Nek Piah.Aisyah hanya  mampu berdoa agar Nek Piah dan suaminya sentiasa di beri kesihatan yg baik dan semoga anak-anakya yg dihujani kemewahan serta kesibukkan di kota masih ada masa untuk Nek Piah.

     Aisyah terus menyusuri laluan ke rumahnya bersama harapan agar dia menjadi anak yg  solehah.Pandangannya dilontarkan ke arah matahari yg semakin menghilang dan sang burung pula berlumba-lumba pulang ke sarang.Sesungguhnya kehidupan ini bukanlah suatu yg sia-sia.
Author: =)
•10:58 PM
"belajar ade orang teman memang semangat membara-bara.cnfirm straight A"

   Entah mengapa comment saya di FB seorang sahabat membuatkan saya terkesima sebentar.Tiba-tiba kenangan lalu menerjah masuk ke kotak fikiran.Saya tidak mempunyai adik beradik yg ramai.Hanya dua orang kakak.Itupun mereka belajar di asrama penuh.Ketika  berumur 7 tahun,kakak kedua saya Tingkatan 1.Bermula detik itulah saya sering bersendirian di rumah selain mak dan abah menjadi peneman setia.

   Mak sentiasa menjaga prestasi akademik saya.Semuanya demi masa depan dan mak mahu saya mengikut jejak langkah kakak-kakak saya.Pulang dari sekolah agama pukul 4.30 petang, mak dah sediakn minum petang supaya lepas mengisi perut dan solat Asar saya akan mengulangkaji pelajaran.Homework mesti di selesaikan sebelum malam kerana malam adalah masa untuk membuat latihan.Dan semestinya emaklah yg menjadi teman saya.Maklah yg akan membelek segala kerja rumah saya.

   Tidak pernah sedetik pun mak meninggalkan saya belajar bersendirian.Kadangkala mak yg bersungguh-sungguh belajar daripada saya.Maklumlah zaman kanak-kanak tidak pernah terlepas dari keinginan hendak bermain.Namun,perkara yg saya tak pernah dilupakan,seawal  Darjah 1saya sudah belajar mengulangkaji pelajaran pada pukul 4 pagi.Terutamanya musim exam.Mak akan berusaha mengejutkan saya.Dengan mata saya yg terpisat-pisat dan sering tersengguk-sengguk waktu belajar mak tetap tabah menemani saya.Tidak pernah saya dimarahi,malah tetap memberi kata semangat.Mak cakap nak berjaya kena kerja keras.Untuk menghilangkan mengantuk,mak pasti membancuh secawan air MILO panas bersama beberapa keping biskut.Baiknya mak.Mak tetap setia menemani saya.

    Waktu saya hendak mengambil UPSR mak tetap di sisi.Hampir setiap masa saya dipenuhi dengan mengulangkaji pelajaran.Habis semua buku latihan latih tubi saya selesaikan.Namun,saya tetap tak pernah belajar sendirian tanpa mak.Walaupun saya sering tarik muka kerana penat dan seringkali minta belas kasihan untuk berehat.,mak tetap sabar.Kejayaan takkan datang bergolek katanya.Lagi seminggu peperiksaan UPSR bermula saya demam panas.Asyik muntah-muntah hingga tidak mampu untuk bangun.Mak saya tetap sabar walaupun dalam hati saya tahu mak risau sangat.

  Alhamdulillah,berkat doa mak,lagi 3 hari peperiksaan bermula demam hampir reda.Walaupun demam masih bersisa,mak tetap setia menemani saya belajar.Mengulangkaji sikit-sikit supaya saya tak lupa apa yg telah dipelajari.Mak sentiasa memastikan saya benar-benar bersedia menghadapi peperiksaan.Sepanjang UPSR berlangsung,mak sentiasa di sisi.Walaupun sibuk dengan urusan rumahtangga mak sentiasa memastikan saya tidak belajar keseorangan.Hebatnya mak.

  Akhirnya,saya berjaya mendapat 5A.Itulah hadiah untuk mak.Emak sanggup menemani saya belajar supaya saya sentiasa bersemangat.Emak sengaja bersama-sama membuat latihan supaya saya ada semangat bersaing.Emak sanggup bersengkang mata pagi-pagi supaya saya tahu bahawa saya tidak keseorangan dalam menempa kejayaan.Betullah bila kita belajar bersama-sama tak kiralah bersama rakan ataupun sesiapa its more better than study by yourself.Walaupun kita bukannya belajar same subject or in one study table,ia cukup memadai untuk menaikkan semangat belajar.

  Contohnya,di dalam library.kita tak belajar bersama pun.Tapi dek kerana nampak orang lain study,kita pun teringin nak study.Dalam bilik pun,bila nampak kawan lain compartment study,kita pun ada semangat nak study.Semangat itu perlu dikutip dan semangat itu juga pencetus kejayaan.
Author: =)
•6:45 PM
Bola itu mengguling dengan laju dan lajuuuuuuuuu goooo
Alamak!!!! masuk longkang pula......adush!!!!!!
Tak mengapa,percubaan kedua pasti boleh
Dengan semangat membara
Bola dihayun dengan keseluruhan tenaga
Dengan laju dan bergaya dia mengguling
Segala rintangan diharungi
Matlamat yang satu terus dituju
dan akhirnya.............. akhirnya......
STRIKE!!!!!!!!!!!!!!!!

Berjaya juga percubaan kali ini
Terpancar wajah kegembiraan
A:Yeay!!!!!!!
B:Fuyyo!!!!!!!Tahniah!
(Baru dapat strike dah dapat ucapan tahniah macam dapat dean list.hehehe)

   Itulah keriuhan A dan di tempat main bowling Ampang Point.Walaupun berdua permainan tetap seronok.Mereka bergilir-gilir menghayun bola mengikut rentak permainan.Pusingan pertama tamat,kemudian pusingan kedua dan seterusnya. 
   
   A mungkin boleh menarik nafas lega kerana jumlah pin yg berjaya melebihi pin B.Tapi mana mungkin A boleh bersorak kegembiraan.Hatinya tetap berasa sedih kerana B masih jauh ketinggalan.Hayunan bola banyak tersungkur di longkang sekaligus menggagalkan kutipan mata.Raut wajah B tampak kecewa.Begitulah yg A rasai.A mahu sahaja membiarkan B bermain sehingga jumlah kutipan mata mereka sama.Itulah semangat persahabatan.Susah senang,sedih gembira,kejayaan kegagalan biarlah dirasai bersama.

Ting!!!!!!!!idea pun datang
A: B ape kate kite buat kelainan.Nak tak?
B:macamane tu?
A:kite kan main dua game.Game pertama sekarang ni kite main masing-masing.Setiap sorang baling dua kali  
   then, next person pula kan.So, score masing-masing.Tapi second game kite nak kerjasama.Lepas sorang
   baling sekali,then second person pula baling.Bergilir-gilir dan seterusnya.Maknanya,dalam pusingan A,B
   pun ada menyumbangkan mata dan sebaliknya.Ok??(sambil senyuman diukir)
B:Ok.set!!!!

  Game kedua bermula.B bermain diikuti A.Masing-masing menunjukkan kepakaran.Walaupun pada mulanya,longkang sering menjadi tempat pertemuan sejati si bola,namun itu tetap tidak mematahkan semangat mereka.Apa yg penting?????!!!!!!!!!KERJASAMA!!!!!!!!

   Game kali ini menunjukkan hasil yg memberangsangkan.B dengan bergaya menghayun bola straight pada pin-pin yang sedia menanti.Prang!!!!!!!!hampir kesemua pin jatuh.A kemudian terus memainkan peranannya.Menyudahkan permainan.Hasilnya,beberapa pusingan pin dapat dijatuhkan keseluruhannya.Erti lain,markah penuh.

    As the conclusion,markah mereka menunjukkan peningkatan.They score the highest.Kepuasan terbayang di wajah masing-masing.

    Analoginya,seperti seorang student yg belajar secara individu ataupun berkumpulan.Sudah tentu apabila belajar secara berkumpulan lebih mudah untuk memahami sekaligus menghilangkan rasa mengantuk.Mereka akan saling membantu untuk mencapai satu matlamat iaitu kejayaan.

     Selain itu analogi seperti isu Palestin.Seluruh umat Islam perlu bekerjasama untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.Walaupun dari segi fizikal kita  tidak mampu memikul senjata berjuang di sana.Namun,di sini kita mampu untuk memberikan sumbangan lain seperti dari segi material dan berdoa.

Apa yg penting??!!!!!KERJAAASAMA.
Author: =)
•8:34 PM
 "Kakak ada kerja sikit lagi ni.Tunggu kat air pancut.Nanti pukul 6 akak turun".

    Selepas membaca mesej dari kakak sulungku,langkah pun diatur kemas menuju ke kawasan air pancut di hadapan SURIA KLCC.Waktu petang begini memang seronok bersantai.Lagi-lagi cuaca redup.Pemandangan yang menarik ditambah dengan bunyi pancutan air memang mengasyikkan.
  
    Deretan tempat duduk yg kosong berhadapan dengan air pancut menarik perhatianku.Jam di tangan baru menunjukkan pukul 5.30 petang.Ada lagi setengah jam duduk kat sini.Nak buat ape ye?nak beli makanan poket tengah kosong.Nak beli buku-buku buat baca malas pula nak masuk balik dalam KLCC.Duduk jelah sini.Mentadabbur alam ciptaan Ilahi lagi bagus.

    Tiba-tiba,beristigfar saya.Statistik wanita merokok memang meningkat di negara ini.Namun jarang jumpa yg merokok real di hadapan saya.Kali ini memang betul.Wanita itu cantik,berbaju kurung,rambut lurus,muka halus,putih dan gaya seperti baru keluar pejabat,mesti berkerjaya tinggi.Tapi,di celah jari terdapat putung rokok yg baru separuh dihisap.Sekali sekala asap rokok berkepul-kepul di hembus si perokok sambil bercanda bersama rakan-rakannya.Apakah?

    Pandangan saya beralih pula pada kawasan air pancut.Ramai juga yg datang dengan keluarga.Kanak-kanak girang bermain kejar-kejaran.Namun tak kurang juga segolongan remaja yg berpeleseran tanpa segan silu berkepit lelaki perempuan.Amboi!!!!!!!sedapnye.Tak ingat lagi halal haram.Ingat dunia ni diaorang yang punya.

   Itu belum lagi tengok pesta fesyen.Macam-macam.Kalau buat spot check siapa yg berpakaian mengikut Islam mesti ramai yang fail.Mungkin 3%  sahaja yang berjaya melepasi.Itulah pengaruh budaya barat yg diagung agungkan.Em........nak mentadabbur alam.Lain pula yg menerjah ke fikiran

   Andainya dunia berkata-kata pasti nada kekesalan di hamburkan.Hanya air mata menjadi saksi.Manusia sedarlah.Life is not a vacation.I stressed once again,life is not a vacation!

   Dan kita sebagai orang yg tahu tidak seharusnya membutakan mata,memekakan telinga.It's our responsibility.(peringatan untuk diri saya juga)
Author: =)
•6:51 PM
5 bulan
Ia sesuatu tempoh yg agak lama
Selama itulah saya dah berjaya melepasi satu semester
Selama itu juga banyak coretan dalam diari hidup saya
Dan selama itu jugalah saya membiarkan blog ini sepi tanpa kata-kata

"bile nak update?"
"wei dah jadi pekasam dah blog tue"
"bile nak bersihkan sawang?"
"menyepi je......"
"jari ko dah cramp nak taip ke?"
"latest post please....."

Itulah kata-kata yg menjadi halwa telinga
nak buat macamane
dengarjelah............
Yg penting I have my own reasons
Nobody know except myself

Bermula detik ini
Lagi-lagi tengah semester break
Saya harapkan semoga jari jari ini rajin untuk menari di atas keyboard
 dan otak sentiasa ada idea untuk disumbang
Insya-Allah.........=)

Anda takut pada siapa?

12:37 AM / / comments (1)

Pada suatu hari,Mak Siti  berbual-bual dengan cucunya,Irsyad yg baru berusia 4 tahun.Irsyad akan mengikut ibu dan bapanya pulang ke Kuala lumpur setelah menghabiskan masa hujung minggu di kampung bersama MakSiti yg tinggal keseorangan kerana kematian suaminya 2 tahun lepas.

Mak siti:  Irsyad dah nak balik KL ke?
Irsyad:     Ye lah nek.Irsyad nak ikut ibu.....
Mak Siti: Kesian nenek tinggal sorang-sorang.Nenek takutlah..........Irsyad temanlah nenek.Nanti nenek                        hilang macamane?Irsyad tak sedih.
Irsyad:     Nenek janganlah takut.Allah kan ada.......Dia mesti jaga nenek.

Perbualan tadi mungkin nampak ringkas.Tapi on my personal view,I think Irsyad telah di bagi pendidikan yg sangat baik.Dia tahu bahawa Allah itu wujud dan tempat manusia berserah serta memohon segala pertolongan.Kan bagus sekiranya anak-anak sedari kecil telah ditanamkan sifat tawhid kepada Allah.

Contoh lain ialah kisah Iman Hanbali.Ketika beliau sedang bermain-main bersama rakan-rakannya,datang seorang pemuda(tak ingat nama siapa).Pemuda itu memang selalu di geruni oleh kanak-kanak.Kanak-kanak yg sedang bermain  akan lari bertempiran umpama tikus melarikan diri dari di makan kucing apabila nampak kelibat pemuda itu.Tapi tidak bagi Imam Hanbali.Beliau seorang sahaja yg meneruskan permainan seperti tiada apa berlaku.Maka,pemuda itu mendekati Imam Hanbali lalu bertanya,

"mengapa engkau tidak lari seperti rakan-rakanmu wahai anak kecil?"

Imam Hanbali dengan beraninya menjawab pertanyaan pemuda tadi,

"Ibu ku telah mengajar aku bahawa hanya  Allah sahaja yg perlu ditakuti"

Imam Hanbali sejak kecil lagi telah banyak menimba ilmu dari ibunya sendiri.Ibunya telah berjaya menanamkan benih-benih tawhid dalam diri beliau.Namun,mengapa ibu bapa zaman kini mengambil ringan perkara-perkara sebegini.Contohnya,jika ingin menghalang anak-anak bermain jauh pasti ibu bapa akan menakut-nakutkan.

"Hei...jangan main kat situ nanti ada hantu keluar gigit,baru tau!!!!!!!!!!"

Akhirnya.mind set anak-anak ialah hantu untuk di takuti kerana rupanya yg buruk.Kemudian ada kuasa mistik yg boleh menghisap darah dan menyorokkan kanak-kanak.Patutkah?

Marilah kita melentur buluh biarlah dari rebungnya agar dapat mencontohi Iman Hanbali.

Labels:

"aku pikir kicap......tapi rupanya....."

11:37 PM / / comments (5)

"Nak masak ape ye?"

TING!!!!!!

Idea pun menjengah tiba.Erm...dah lame tak masak ikan masak kicap.Teringin pula.Terbayang keenakannya sambil di makan bersama nasi yg panas.Dengan semangat berkobar-kobar, mulalah tangan ini melakukan kerja.Ikan di dalam peti sejuk di keluarkan untuk digoreng.Selepas tu ambil halia sikit bersama bawang putih, ditumbuk lumat.Bawang besar di layang halus.(macam class memasak pula).Kemudia panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan tadi.Letakkan juga bunga cengkih,kayu manis dan sedikit serbuk lada putih.

Ketang ketung dapur tu berbunyi.Bagaikan seorang chef yg hebat tengah menyediakan menu bertaraf 10 bintang.

"hurm...tu dia.....tumis hingga naik bau.Harumnya".Bau yg semerbak memenuhi ruang dapur.

Dengan keyakinan yg mantap botol kicap pun di ambil lalu menuangkannya ke dalam kuali.Biarkan sementara untuk pekat.Sambil tu bersihkan dapur agar nampak kemas.Tangan terus ligat membuat kerja.

Sambil tu mata menjengah ke dalam kuali.

"Aik,apasal lain macam je kicap ni.Kenape tak pekat-pekat?Erm..?",dalam kehairanan itu pun tangan mengambil segelas air untuk di tuang ke dalam kuali seperti kebiasaan.Tujuannya untuk mengurangkan sedikit kepekatan dan kemasinan kicap.Tanpa mengendahkan kehairanan tadi,air pun dituang.

?????
"Apasal lain macam je kicap aku ni.Tadi tak pekat.Ni warna dia pun tak hitam macam selalu.Ditambah air semakin cair",kehairanan berganda.

Botol kicap pun diambil untuk mencari puncanya.Adakah sudah expired?

Sebelum berkata apa-apa.Ketawa telah meledak terlebih dahulu.Macam nak terburai perut.=)99x

"Aku pikir kicap...tapi rupanya SARSI!!!!!!!!!!"

Tak tahu nak letak muka dekat mana.Nasib baik waktu tu keseorangan di rumah.Parents pergi keluar sekejap.Kalau family tahu ni pasti jadi berita sensasi.Maklumlah chef terhebat tak sempat tengok label.Lagipun tempat sarsi dan kicap tu sama.Nak kata baru masuk dapur,tidak pula, dah berkali-kali masak.Nak jadi ceritalah katakan.=)Tak pasal-pasal kena masak lagi sekali.

Pengajarannya,jangan over confident!!!!!Buatlah kerja dengan pantas dengan cekap.

Tapi,ada satu perumpamaan yg terlintas di kepala

"rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Erm.....samalah tu rasanye,"warna sama hitam tapi rasa lain -lain".Rasa kicap tak sama dengan sarsi.

Labels:

Orang tak tau.......apa yg kami rasa

10:20 PM / / comments (2)

Kenapa engkau suka menghukum kami tanpa usul periksa 
Engkau tak tahu ape yg kami rasa
Engkau hanya mampu melihat dan berkata
Tapi engkau tak berada di kedudukan kami,
bertahun-tahun kami berhadapan dengan dugaan ini
Bukan sehari dua
Bukan sebulan dua
Tapi bertahun-tahun
Dari aku kecil hingga dewasa
Dari zaman kakak ku belajar hingga semuanya bekerja
Dari ayahku berambut hitam kini penuh beruban
Dan masa terus berjalan
Dugaan tetap kunjung tiba seperti tidak kelihatan noktahnya
Semakin hebat
Malah lagi hebat dari letusan Merapi
Lagi hebat dari Tsunami
Namun,
Kami sedar Ya Allah..........
Kami hanya hamba
Semua berlaku dengan keizinan Mu
Kerana kami sedar kami hamba
Dugaan ini semakin menguatkan ikatan kekeluargaan kami
Walaupun adakalanya hampir goyah
Kami tetap tabah menghadapinya
Malah kami semakin yakin dengan kekuasaan Mu
Tanpa sedikit keraguan pun
Kami bersujud padamu di keheningan malam
Di kala sekalian manusia lena di buai mimpi
Kami merintih dalam sujud kami 
Kami menadah tangan memohon padaMu
Kami tahu dugaan yg tiba sesuai dengan kemampuan kami
Engkau tak kan menduga di luar kemampuan kami Ya Allah
Malah keyakinan kami makin utuh
Apabila mengerti
Mana mungkin orang itu beriman jika dia tidak di uji
Ya Allah,
Berilah kami kekuatan,
Hanya doa yg mampu kutitipkan

Mulut manusia memang tidak boleh ditutup
Mereka bebas berkata-kata
Biarlah jika itu hobi mereka
Aku tak mampu menghalang
Tapi mana bisa hati ini tenteram
Jika engkau wahai manusia!
Menikam kami dari belakang
seolah-olah buruk sangat kami di mata masyarakat
Seolah-olah kami ini duri dalam daging
Busuknya hati engkau
Tega engkau berkata begitu
Sedangkan dulu ketika engkau kesusahan
Engkau merayu-rayu meminta bantuan kami
Sanggup ketika pekat malam engkau mengetuk rumah kami
Kami tak kisah
Malah bantuan di hulur tanpa di kira
Tapi,
Inikah balasan yg sepatutnya kami terima
Inikah balasanya!
kami berikan madu engkau balasnya dengan racun
Sanggup engkau!
Kerana dunia engkau membelakangkan kami
Kerana buruk sangka,engkau menghukum kami
Manusia jenis apakah engkau ini manusia!

Tak mengapa,
kalau itu membuatkan kau puas
Teruskan
Mahkamah akhirat lagi mengerti
Namun,
Dalam kepahitan dan kepayahan menelah butir-butir pasir
Kami lapangkan dada
Kami tetap mendoakan engkau
agar hidayah menjengah sanubari mu
agar engkau nampak kebenaran yg hakiki
supaya semua kisah lalu hilang
umpama malam menjelma siang.

Labels:

Rindu ku

12:45 AM / / comments (3)

     Bulan Zulhijjah adalah bulan haji.Maka tidak hairanlan banyak program-program televisyen banyak memaparkan cerita jemaah haji.Malah ada yg dibuat secara lansung berlatar belakangkan Mina,kawasan khemah jemaah haji untuk melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah.Bumi Mina dan Arafah di selaputi warna putih tanda jutaan jemaah haji sedang berkumpul beribadat kepada Mu.

       Entah mengapa setiap kali melihat suasana itu,hati saya sebak hingga mengalirkan air mata.Seolah-olah saat itu juga saya ingin turut serta menjadi tetamu Allah.Rindunya untuk menjejaki Tanah Suci Makkah tak mampu dibentung.Mana mungkin perasaan ini mampu disembunyikan.Sesiapa sahaja yg telah menjejaki kaki ke sana pasti sahaja mempunyai perasaan yg sama.
       
   Walaupun di sana tiada pemandangan yg cantik seperti hamparan taman-taman bunga yg berwarna-warni,tasik yg terbentang luas,gunung yg menghijau dan bangunan-bangunan yg tinggi mencecah awan ia tetap memukau jiwa.Hamparan tanah gersang bersama gunung yg gondol dan angin panas yg berdebu membuatkan diri ini terkesima dengan kehebatan perjuangan para Anbiya'.Kaabah yg hanya dibaluti kelambu hitam pula pasti memukaukan mata si pemandang.Air mata tak semena-mena mengalir tanpa di pinta.

Ya Allah,
Angin rindu ini telah datang menyapaku
Ya Allah,
Rindunya aku untuk bertawaf di rumah Mu
Rindunya aku untuk menyentuh kelembutan kelambu Kaabah Mu
Rindunya aku untuk berjalan di Safa' dah Warwah
Rindunya aku beriktikaf di Masjidil haram
Rindunya.........

Ya Allah,
Haruman Raudah sungguh menusuk kalbu ku
Hamparan kehijauan Raudah mendamaikan jiwa ku
Rindunya aku untuk bersujud di Raudah Mu
Taman Syurga Mu,

Ya Allah,
Angin rindu ini datang lagi,
Tiada kata-kata yg dapat ku ungkapan
Hanya doa yg ku panjatkan
Izinkan aku Ya Allah
Izinkan aku Ya Allah
Izinkan aku menjadi tetamu Mu Ya Allah
Hamba merindui Mu...
Tersangat rindu...

9.15 p.m

12:14 AM / / comments (0)

    9.15p.m we are having great dinner at our home.Everyone enjoys the meals.Just me, my father and my mother.Everything suppose to be ok.However,no one can predict what will be happened after that.

      Mak yg duduk di sebelah saya,tiba-tiba senyap.Pandangannya seperti tak keruan.Nasi di pinggan hanya di lenyek-lenyek.

"Mak.....",saya menyapa mak

Mak menoleh ke arah saya sambil tersenyam.Tanda mak mengiakan sapaan saya.Namun,saya merasakan ada sesuatu yg tak kena.

"Mak.......",saya menyapanya kali kedua.

Dan mak membalas dengan reaksi yg sama.

"Mak,makanlah.Jangan  lenyek-lenyek je nasi tu.Kenapa mak?",tegur saya dengan harapan mak memberitahu jawapan andainya ada sesuatu yg tak kena.

    Namun,reaksinya tetap sama malah tangan kirinya menggenggam lenggan kanan saya.Sejuk.
Anak mata saya segera memandang abah yg sedang makan berhadapan dengan saya.Seolah-eloh saling mengerti apa yg harus dilakukan.Belum sempat saya berkata apa-apa.Abah telah memberikan arahan.

"Pergi cari air dalam botol yg ustaz kasi hari tu.Dekat dapur rasanya",kata abah dalam ketenangan.

Saya meluru ke dapur.Air dalam botol segera di ambil bersama sebiji gelas.Pantas menuang air ke dalamnya.

"Mak, minum air ni......",kata saya sambil menghuurkan gelas berisi air.
Tanpa membantah mak meminumnya hingga habis.

"Baca Al-Fatihah,banyakkan zikir ingat Allah",abah pula menyambung.

    Mak tetap tidak membantah.Lihat mulutnya kumat kamit berzikir.Saya yg disebelah mak turut baca bersama untuk memberi kekuatan sambil mengurut-ngurut tubuhnya.Tangan mak masih sejuk dan matanya juga masih tak keruan.Zikir di perbanyakkan.Lama-kelamaan mak kembali normal.Tangannya meneruskan suapan nasi dan memberikan senyuman kepada saya.

"Mak tak apa-apa",katanya.

Hanya kesyukuran yg saya panjatkan.

"Mak kenapa?ada nampak apa-apa ke?",tanyaku ingin kepastian.

"Entahlah,mak rasa macam kat awang-awangan,tapi tak de nampak apa-apa",jawapan yg memberikan sedikit kelegaan buat saya dan abah.

    Rupa-rupanya tadi emak berada dalam keadaan separa sedar.Mak nampak apa yg saya dah abah lakukan,namun mulutnya seolah-olah terkunci untuk berkata-kata.Badannya sejuk dirasakan seperti mahu menggigil walhal suasana ketika itu bukannya sejuk.Alhamdulillah,tahap kesedarannya kembali normal dalam masa yg singkat berbanding sebelum ini.

"Ya Allah, sesungguhnya setiap kesakitan ini adalah kehendak Engkau.Kami sebagai hamba redha menerimanya.Andainya ini adalah musibah dari kekhilafan kami, hamba mohon keampunan Mu Ya Allah,dan andainya ini adalah satu ujian untuk mendekatkan kami pada Mu,berilah kami kekuatan untuk menghadapinya.Sesungguhnya engkaulah yg Maha Berkuasa dan Maha Pengampun"

Apabila kita makan

12:27 AM / / comments (0)

Setiap makanan yg di makan pasti akan melalui benerapa proses sebelum ianya keluar menjadi bahan buangan.Tahukah anda dengan melihat sistem penghadaman ini terdapat kebesaran Allah?

1)apabila makan di masukkan sahaja ke dalam mulut gigi telah menjalankan tugasan.Gigi hadapn menghiris dan memotong makanan.Gigi tepi pula iaitu biasanya gigi kancing akan mensiat-siatkan makanan supaya ia menjadi lebih halus.Seterusnya gigi geraham memainkan peranan untuk menghancurkan keseluruhan makanan dan bertukar menjadi partikal-partikal yg kecil.

2)Namun semunnya itu dilakukan atas bantuan air liur.Ia mengandungi ragi yg membantu menurunkan suhu panas  makanan jika ia panas dan melumpuhkan ketajaman sejuknya jika makanan dingin.Ia juga faktor utama yg menseimbangkan makanan yg pedas.Kemudian makanan yg telah sebati campurannya dan hancur  masuk ke dalam keronkong seterusnya perut dan berakhir pada usus.

3)Usus mempunyai dua pergerakkan yg kekal menjalankan tugasnya seperti siang dan malam.Pertama,gerakan percampuran makanan dengan pelbagai cairan usus dan enzim sehingga bersifat sempurna.Kedua,menyalurkan makanan yg dihadam kepada kawasan yg lebih luas untuk tujuan penyerapan yg diperlukan oleh tubuh.(usus besar)

    Uniknya,setiap makanan oleh manusia dari benda beku,keras,cair,liat,panas,sejuk,daging,sayuran,roti,buah buahan,minyak,lemak,bijiran,dimasak,mentah,semuannya dihadam dengan cara yg sama.Asid yg terdapat dalam perut untuk tujuan penghadaman mempunyai kadar yg sangat tepat.Jika berkurangan walau sedikit pun,makan tidak dapat dihadam.Sekiranya terlebih pula walau dalam kadar yg sedikit pun nescaya tubuh akan terbakar.Mahasuci pencipta yg sangat Agung.

Labels:

Imam Hanbali (part 1)

11:58 PM / / comments (0)

         Imam Hanbali adalah Imam yg ke-4 selepas Imam Hanafi,Imam Maliki dan Imam Shafie.Beliau seorang yg amat mencintai ilmu.Ketika berumur 14 tahun beliau telah menghafal Al-Quran.Gelaran beliau adalah Al-Hakam kerana dapat menghafal lebih 700,000 hadis.Beliau juga seorang yg sangat kuat beribadat.Sehari beliau menunaikan sembahyang sunat sebanyak 300 rakaat dan mengkhatamkan al-Quran seminggu sekali.

      Oleh kerana beliau berpengetahuan tinggi,beliau telah menjadi guru di Masjid Jamek ,Kota Baghdad.Setiap majlis ilmu yg beliau anjurkan pasti mendapat sambutan yg hangat dari penduduk Baghdad.Jumlah mereka yg datang hendak mendengar kuliah beliau hingga membanjiri kawasan luar masjid.

   Pada suatu hari,seorang lelaki yg dikatakan pintar di Kota Baghdad,Abu Nawas sengaja datang menemui Imam Hanbali untuk menyatakan masalahnya.Ketika itu Imam Hanbali sedang membacakan hadis dalam kuliahnya di masjid.Tujuannya untuk menguji tahap kebijaksanaan Imam Hanbali yg sering menjadi sebutan orang ramai.Setelah ditanya oleh Imam Hanbali tentang masalah yg dihadapinya,Abu Nawas pun menjawab dengan lantang,

" aku mempunyai tiga perangai aneh, iaitu:
1)aku suka bersaksi dengan perkara yg tidak aku lihat
2)aku paling suka makan bangkai
3)aku selalu lari dari rahmat Tuhan"

Sebelum Imam hanbali menjawab beliau bertanya kepada abu Nawas,
"Sekiranya aku dapat menyelesaikan masalah kamu,katakan kamu tidak akan mengganggu kuliah aku lagi?"

"Aku berjanji",jawab Abu nawas."tetapi jika kamu tidak dapat menyelesaikannya maka kamu tidak layak mengajar orang ramai kerana ternyata aku lagi bijak daripada kamu".

"Baiklah Abu Nawas", kata Imam Hanbali.

Masalah yg dikemukan oleh Abu Nawas dijawab dengan penuh ketenangan.

"1) kamu suka bersaksi dengan perkara yg tidak kamu lihat bererti kamu suka mengucap dua kalimah syahadah iaitu naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah sedangkan kamu tidak pernah melihatnya.

2)kamu paling suka makan bangkai bermaksud kamu suka makan ikan kerana ikan itu tidak pernah disembelih.

3)kamu selalu lari dari rahmat Tuhan bermaksud hujan.Hujan itu adalah rahmat Allah.Apabila hujan turun kamu melarikan diri mencari tempat teduh".

   Ternyata jawapan yg diberikan semunnya benar dan tepat hingga mengejutkan Abu Nawas.Bijak sungguh Imam Hanbali.Sesungguhnya ilmu beliau memang tidak boleh dipertikaikan.

Labels:

Nek Piah

11:31 PM / / comments (0)

     Suasana begitu sunyi sekali.Hanya bunyi detikan jam dan pusingan kipas angin memecah kesunyian.Semua orang leka dengan tugasan masing-masing.Namun,berbeza dengan Aisyah.Dia  hanya bersandar di kerusi rehat sambil meriba laptop.Tenungannya tepat ke arah skrin tapi fikirannya kosong.Jiwanya diselubungi kesunyian.Jika di kampus waktu petang begini pasti dia akan menaiki motor menghirup udara.Dan pastinya Ain sahabatnya setia menjadi pembonceng.Walau tidak pun waktu petangnya sentiasa padat dengan aktiviti.Dia tersenyum sendiri mengingati telatah sahabat-sahabatnya.Ada saja bahan yg menjadi usikan.Ah!!!mereka pasti sedang bergembira bersama keluarga masing-masingLagikan sedang cuti semester.Getus hatinya.

      6.20 petang.Sebentar lagi matahari akan terbenam di ufuk barat.Malam pula menjelma.Inilah lumrah alam.Sentiasa setia mengikut percaturannya.Malam dan siang juga dicipta untuk membantu manusia menjalani kehidupan.Malam adalah waktu untuk tidur dan berehat setelah siang berhempas pulas mencari rezeki.

"Aisyah!!!!!!", Panggilan itu mematikan lamunannya.

"Ya ibu",dia membalasnya dengan lembut

"Tolong hantarkan tom yam ni ke rumah Nek Piah",ibunya bersuara dari dapur.
  
     Tanpa membantah Aisyah segera menyarung tudung.Tom yam yg sudah di bekalkan  ibu segera di ambil.Ibunya memang selalu melebihkan masakan untuk di beri kapada Nek Piah,jiran mereka.Lagipun Nek Piah tinggal berdua bersama suaminya.Kudratnya yg telah uzur kadangkala menghalang Nek Piah untuk memasak.Justeru tidak hairanlah ibunya rajin menghantar makanan sekaligus meringankan beban Nek Piah.Sesunggunya bersedekah kan satu amalan mulia.

     Aisyah menyusuri laluan ke rumah Nek Piah sambil berlagu riang.Dari jauh sudah kelihatan halaman Nek Piah yg bersih dikelilingi pokok-pokok bunga.Walaupun uzur,Nek piah sering menceriakan halaman rumahnya.Ditegah macamana pun dia tetap dengan aktivitinya.Barangkali itulah yg dapat menghiburkan hati di kala kesunyian.Anaknya pula jarang sekali menjenguk.Rasanya boleh di bilang dengan jari.

"Assalammualaikum....."

"Waalaikumsalam....Aisyah rupanya.Masuklah",senyuman Nek Piah menyambut kedatangan Aisyah.

"Nek, ni ada tom yam sikit.Ibu masakkan.Nanti nek makan ye",jelas aisyah sambil menghulurkan beg plastik yg mengandungi bekas berisi tom yam.

"Terima kasih Aisyah.Susah-susah aje ibu kamu.Nenek tak de apa nak dibalas",nadanya berbaur kekesalan.

"Sama-sama.Tak pe nek.Bukannya ibu mintak balasan.Lagipun ibu masak banyak.Nek makan ye.Aisyah nak balik dulu.Kejap lagi Magrib",tangannya dihulur untuk menyalami Nek Piah.

"Yelah,kirim salam pada ibu kamu.Aisyah belajar pandai-pandai ye.Nek akan selalu doakan",tubuh Aisyah yg genit itu dirangkul kemas.Seolah-olah melepaskan segala kerinduan yg terpendam di dada.

"Terima kasih nek.Aisah balik...", tangan dilambai sambil langkahnya diatur meninggal Nek Piah.Senyuman Nek Piah mengiringi perjalanannya.Jelas tergambar seribu kedutan di wajah  Nek Piah menandakan umurnya juga emakin lanjut.

    Tanpa disedari air matanya bertakung di kelopak mata Aisyah.Hatinya pilu mengenangkan nasib Mak Piah.Anaknya bukan kerja biasa-biasa di kota.Semuanya berkerjaya tinggi.Jurutera sahaja dua orang.Itu belum yg jadi arkitek,pensyarah dah ahli perniagaan.Gaji beribu-ribu.Tetapi rumah Nek Piah tak pernah berubah wajah.Masih lagi berdindingkan papan.Malah sebahagiannya ada yg di makan anai-anai.Atapnya pun masih berzink.Kesian Nek Piah.Aisyah hanya  mampu berdoa agar Nek Piah dan suaminya sentiasa di beri kesihatan yg baik dan semoga anak-anakya yg dihujani kemewahan serta kesibukkan di kota masih ada masa untuk Nek Piah.

     Aisyah terus menyusuri laluan ke rumahnya bersama harapan agar dia menjadi anak yg  solehah.Pandangannya dilontarkan ke arah matahari yg semakin menghilang dan sang burung pula berlumba-lumba pulang ke sarang.Sesungguhnya kehidupan ini bukanlah suatu yg sia-sia.

Labels:

Teman itu semangat?

10:58 PM / / comments (3)

"belajar ade orang teman memang semangat membara-bara.cnfirm straight A"

   Entah mengapa comment saya di FB seorang sahabat membuatkan saya terkesima sebentar.Tiba-tiba kenangan lalu menerjah masuk ke kotak fikiran.Saya tidak mempunyai adik beradik yg ramai.Hanya dua orang kakak.Itupun mereka belajar di asrama penuh.Ketika  berumur 7 tahun,kakak kedua saya Tingkatan 1.Bermula detik itulah saya sering bersendirian di rumah selain mak dan abah menjadi peneman setia.

   Mak sentiasa menjaga prestasi akademik saya.Semuanya demi masa depan dan mak mahu saya mengikut jejak langkah kakak-kakak saya.Pulang dari sekolah agama pukul 4.30 petang, mak dah sediakn minum petang supaya lepas mengisi perut dan solat Asar saya akan mengulangkaji pelajaran.Homework mesti di selesaikan sebelum malam kerana malam adalah masa untuk membuat latihan.Dan semestinya emaklah yg menjadi teman saya.Maklah yg akan membelek segala kerja rumah saya.

   Tidak pernah sedetik pun mak meninggalkan saya belajar bersendirian.Kadangkala mak yg bersungguh-sungguh belajar daripada saya.Maklumlah zaman kanak-kanak tidak pernah terlepas dari keinginan hendak bermain.Namun,perkara yg saya tak pernah dilupakan,seawal  Darjah 1saya sudah belajar mengulangkaji pelajaran pada pukul 4 pagi.Terutamanya musim exam.Mak akan berusaha mengejutkan saya.Dengan mata saya yg terpisat-pisat dan sering tersengguk-sengguk waktu belajar mak tetap tabah menemani saya.Tidak pernah saya dimarahi,malah tetap memberi kata semangat.Mak cakap nak berjaya kena kerja keras.Untuk menghilangkan mengantuk,mak pasti membancuh secawan air MILO panas bersama beberapa keping biskut.Baiknya mak.Mak tetap setia menemani saya.

    Waktu saya hendak mengambil UPSR mak tetap di sisi.Hampir setiap masa saya dipenuhi dengan mengulangkaji pelajaran.Habis semua buku latihan latih tubi saya selesaikan.Namun,saya tetap tak pernah belajar sendirian tanpa mak.Walaupun saya sering tarik muka kerana penat dan seringkali minta belas kasihan untuk berehat.,mak tetap sabar.Kejayaan takkan datang bergolek katanya.Lagi seminggu peperiksaan UPSR bermula saya demam panas.Asyik muntah-muntah hingga tidak mampu untuk bangun.Mak saya tetap sabar walaupun dalam hati saya tahu mak risau sangat.

  Alhamdulillah,berkat doa mak,lagi 3 hari peperiksaan bermula demam hampir reda.Walaupun demam masih bersisa,mak tetap setia menemani saya belajar.Mengulangkaji sikit-sikit supaya saya tak lupa apa yg telah dipelajari.Mak sentiasa memastikan saya benar-benar bersedia menghadapi peperiksaan.Sepanjang UPSR berlangsung,mak sentiasa di sisi.Walaupun sibuk dengan urusan rumahtangga mak sentiasa memastikan saya tidak belajar keseorangan.Hebatnya mak.

  Akhirnya,saya berjaya mendapat 5A.Itulah hadiah untuk mak.Emak sanggup menemani saya belajar supaya saya sentiasa bersemangat.Emak sengaja bersama-sama membuat latihan supaya saya ada semangat bersaing.Emak sanggup bersengkang mata pagi-pagi supaya saya tahu bahawa saya tidak keseorangan dalam menempa kejayaan.Betullah bila kita belajar bersama-sama tak kiralah bersama rakan ataupun sesiapa its more better than study by yourself.Walaupun kita bukannya belajar same subject or in one study table,ia cukup memadai untuk menaikkan semangat belajar.

  Contohnya,di dalam library.kita tak belajar bersama pun.Tapi dek kerana nampak orang lain study,kita pun teringin nak study.Dalam bilik pun,bila nampak kawan lain compartment study,kita pun ada semangat nak study.Semangat itu perlu dikutip dan semangat itu juga pencetus kejayaan.

Kerana Bowling

6:45 PM / / comments (0)

Bola itu mengguling dengan laju dan lajuuuuuuuuu goooo
Alamak!!!! masuk longkang pula......adush!!!!!!
Tak mengapa,percubaan kedua pasti boleh
Dengan semangat membara
Bola dihayun dengan keseluruhan tenaga
Dengan laju dan bergaya dia mengguling
Segala rintangan diharungi
Matlamat yang satu terus dituju
dan akhirnya.............. akhirnya......
STRIKE!!!!!!!!!!!!!!!!

Berjaya juga percubaan kali ini
Terpancar wajah kegembiraan
A:Yeay!!!!!!!
B:Fuyyo!!!!!!!Tahniah!
(Baru dapat strike dah dapat ucapan tahniah macam dapat dean list.hehehe)

   Itulah keriuhan A dan di tempat main bowling Ampang Point.Walaupun berdua permainan tetap seronok.Mereka bergilir-gilir menghayun bola mengikut rentak permainan.Pusingan pertama tamat,kemudian pusingan kedua dan seterusnya. 
   
   A mungkin boleh menarik nafas lega kerana jumlah pin yg berjaya melebihi pin B.Tapi mana mungkin A boleh bersorak kegembiraan.Hatinya tetap berasa sedih kerana B masih jauh ketinggalan.Hayunan bola banyak tersungkur di longkang sekaligus menggagalkan kutipan mata.Raut wajah B tampak kecewa.Begitulah yg A rasai.A mahu sahaja membiarkan B bermain sehingga jumlah kutipan mata mereka sama.Itulah semangat persahabatan.Susah senang,sedih gembira,kejayaan kegagalan biarlah dirasai bersama.

Ting!!!!!!!!idea pun datang
A: B ape kate kite buat kelainan.Nak tak?
B:macamane tu?
A:kite kan main dua game.Game pertama sekarang ni kite main masing-masing.Setiap sorang baling dua kali  
   then, next person pula kan.So, score masing-masing.Tapi second game kite nak kerjasama.Lepas sorang
   baling sekali,then second person pula baling.Bergilir-gilir dan seterusnya.Maknanya,dalam pusingan A,B
   pun ada menyumbangkan mata dan sebaliknya.Ok??(sambil senyuman diukir)
B:Ok.set!!!!

  Game kedua bermula.B bermain diikuti A.Masing-masing menunjukkan kepakaran.Walaupun pada mulanya,longkang sering menjadi tempat pertemuan sejati si bola,namun itu tetap tidak mematahkan semangat mereka.Apa yg penting?????!!!!!!!!!KERJASAMA!!!!!!!!

   Game kali ini menunjukkan hasil yg memberangsangkan.B dengan bergaya menghayun bola straight pada pin-pin yang sedia menanti.Prang!!!!!!!!hampir kesemua pin jatuh.A kemudian terus memainkan peranannya.Menyudahkan permainan.Hasilnya,beberapa pusingan pin dapat dijatuhkan keseluruhannya.Erti lain,markah penuh.

    As the conclusion,markah mereka menunjukkan peningkatan.They score the highest.Kepuasan terbayang di wajah masing-masing.

    Analoginya,seperti seorang student yg belajar secara individu ataupun berkumpulan.Sudah tentu apabila belajar secara berkumpulan lebih mudah untuk memahami sekaligus menghilangkan rasa mengantuk.Mereka akan saling membantu untuk mencapai satu matlamat iaitu kejayaan.

     Selain itu analogi seperti isu Palestin.Seluruh umat Islam perlu bekerjasama untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.Walaupun dari segi fizikal kita  tidak mampu memikul senjata berjuang di sana.Namun,di sini kita mampu untuk memberikan sumbangan lain seperti dari segi material dan berdoa.

Apa yg penting??!!!!!KERJAAASAMA.

KLCC

8:34 PM / / comments (0)

 "Kakak ada kerja sikit lagi ni.Tunggu kat air pancut.Nanti pukul 6 akak turun".

    Selepas membaca mesej dari kakak sulungku,langkah pun diatur kemas menuju ke kawasan air pancut di hadapan SURIA KLCC.Waktu petang begini memang seronok bersantai.Lagi-lagi cuaca redup.Pemandangan yang menarik ditambah dengan bunyi pancutan air memang mengasyikkan.
  
    Deretan tempat duduk yg kosong berhadapan dengan air pancut menarik perhatianku.Jam di tangan baru menunjukkan pukul 5.30 petang.Ada lagi setengah jam duduk kat sini.Nak buat ape ye?nak beli makanan poket tengah kosong.Nak beli buku-buku buat baca malas pula nak masuk balik dalam KLCC.Duduk jelah sini.Mentadabbur alam ciptaan Ilahi lagi bagus.

    Tiba-tiba,beristigfar saya.Statistik wanita merokok memang meningkat di negara ini.Namun jarang jumpa yg merokok real di hadapan saya.Kali ini memang betul.Wanita itu cantik,berbaju kurung,rambut lurus,muka halus,putih dan gaya seperti baru keluar pejabat,mesti berkerjaya tinggi.Tapi,di celah jari terdapat putung rokok yg baru separuh dihisap.Sekali sekala asap rokok berkepul-kepul di hembus si perokok sambil bercanda bersama rakan-rakannya.Apakah?

    Pandangan saya beralih pula pada kawasan air pancut.Ramai juga yg datang dengan keluarga.Kanak-kanak girang bermain kejar-kejaran.Namun tak kurang juga segolongan remaja yg berpeleseran tanpa segan silu berkepit lelaki perempuan.Amboi!!!!!!!sedapnye.Tak ingat lagi halal haram.Ingat dunia ni diaorang yang punya.

   Itu belum lagi tengok pesta fesyen.Macam-macam.Kalau buat spot check siapa yg berpakaian mengikut Islam mesti ramai yang fail.Mungkin 3%  sahaja yang berjaya melepasi.Itulah pengaruh budaya barat yg diagung agungkan.Em........nak mentadabbur alam.Lain pula yg menerjah ke fikiran

   Andainya dunia berkata-kata pasti nada kekesalan di hamburkan.Hanya air mata menjadi saksi.Manusia sedarlah.Life is not a vacation.I stressed once again,life is not a vacation!

   Dan kita sebagai orang yg tahu tidak seharusnya membutakan mata,memekakan telinga.It's our responsibility.(peringatan untuk diri saya juga)

5 bulan

6:51 PM / / comments (0)